MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017
bertolak pulang dan solat jamak di Community Islam (pillars). Setelah selesai menunaikan kewajipan sebagai Muslim, mata kami seolah-olah dipukau apa- bila melihat bunga sakura yang sedang mekar di tepi jalan, kami berhenti sekejap untuk memberi peluang kepada rakan-rakan lain yang ingin merakamkan peman- dangan indah ini. Akhirnya, kami terus pulang ke penginapan masing-masing untuk mere- hatkan badan setelah seharian berjalan-jalan. Hari terakhir di Melbourne , bertarikh 30 Ogos 2016. Pada jam 9.30 pagi kami bertolak ke Monash University berdekatan dengan penginapan kami yang juga merupakan pejabat Encik Edi. Sampai sahaja di universiti ini, Encik Edi membawa kami semua berjalan-jalan di sekitar Monash University, namun begi- tu, disebabkan masa beliau agak terhad kerana masih terikat den- gan waktu pejabat, kami hanya dapat melihat sebahagian sahaja daripada universiti tersebut. Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke Dandenong Moun- tain, Wildlife Bird untuk melihat dan memberi burung makan walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai. Burung-burung di sini sangat besar dan ini agak menakutkan kami untuk mem- berikan makanan kepadanya. Namun begitu, ada juga diantara kami yang berani memegang malah bergambar dengan bu- rung-burung tersebut. Selepas itu, kami meruskan perjalanan ke Dandenong Market yang katanya lebih murah berbanding QVM. Tetapi di sini lebih kepa- da menjual barangan keperluan harian berbanding QVM lebih banyak menjual cenderaha- ti. Akhirnya atas persetujuan semua, kami membuat kepu- tusan untuk ke Queen Victoria Market semula. Tambahan pula, kami mendapat khabar angin bahawa hari isnin waktu tamat operasi QVM adalah pada jam 2.00 petang. Destinasi terakhir di Mel- bourne, kami ke Shrine of Rememberance yang kedudu- kannya di tengah-tengah bandar Melbourne. Tempat ini perupa- kan tugu peringatan jasa-jasa pahlawan yang berjuang mem- pertahankan negara pada suatu ketika dahulu. Pemandangan di sini sangat cantik dan ses- uai untuk bergambar sebagai kenang-kenangan. Disamping itu, di anak tangga teratas, kami dapat melihat seluruh bandar Melbourne yang kaya dengan bangunan pelbagai bentuk tentunya menjadi tarikan para pelancong. Dalam perjalanan perjalanan balik ke penginapan untuk buat persiapan pulang ke Malaysia, kami dapat menikmati pemandangan bangunan-ban- gunan berdekatan di tepi jalan. Sambil membuat persiapan untuk bertolak ke airport malam ni, ada diantara rakan-rakan kami yang sempat ke Coles iaitu sebuah tempat untuk membe- li barangan keperluan seperti Giant atau Tesco. Tetapi yang lebih menariknya adalah ter- dapat kaunter layan diri iaitu kaunter untuk belian barangan yang sedikit kuantitinya dan tiada perkhidmatan juru wang di kaunter tersebut. Akhirnya berangkatlah kami ke airport Melbourne pada jam 9.00 malam. Sebelum kami berang- kat pulang ke tanah air tercinta, kami semua sempat merakam kenangan dengan bergambar di hadapan kedai Australia Way. Akhirnya kami selamat sampai di Malaysia pada jam 6.00 pagi bertarikh 31 Ogos 2016. Tamatlah cerita kami semua Team Giso Melbourne 2016. Benarlah kata pepatah, jauh perjalanan luas peman- dangan. Bermusafirlah kamu, dengan musafirlah kita dapat mengenali sahabat-sahabat kita. Terima kasih kepada semua pihak dalam merealisasikan impian masing-maisng ke Mel- bourne Bumi Kanggaru. Kepada Dr Najaa, terima kasih kerana menjadi pensyarah pengiring dan sahabat yang baik buat kami sepanjang proses-proses untuk ke sana. Sesungguhnyan pen- galaman dan kenangan yang kami perolehi di sana sangatlah bernilai dan berharga. Akhir kalam, moga Allah memberkati kita semua. (12 Oktober 2016) AL-HIKMAH.indd 43-44 15/8/2017 1:49:37 PM
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=