MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017
pizza yang sedap daripada pihak program disamping bertaaruf serta bergambar sebagai ke- nang-kenangan. Selepas itu, pada jam 5.00 petang kami berjalan kaki ke Flinders Station. Kemudian kami bersiar-siar pula ke South Yarra River untuk me- nikmati pemandangan malam di situ. Terdapat banyak kedai-ke- dai makan, pelukis dan penyanyi jalanan yang sangat kreatif da- lam mencari pendapatan melalui kemahiran yang mereka miliki. Kami kembali semula ke Flinders Station untuk melihat suasana dimana pihak-pihak yang sangat prihatin membantu “homeless” dengan menyediakan makanan dan pakaian sejuk. Setelah itu, kami mula bersurai dan menuju pulang ke penginapan sekitar jam 9.00 malam. 28 Ogos 2016, pada jam 9.00 pagi kami bergerak ke Middle Brighten Beach dengan ber- jalan kaki. Sampai di sana, mata kami dijamu pula dengan pe- mandangan yang sangat cantik dan menarik. Pemandangan ini bukan sahaja memukau mata kami pelajar Malaysia malah turut menarik minat para pelan- cong asing yang lain. Selepas itu, kami menaiki pula “Tram” percuma di sekitar Melbourne dan berhenti di pelbagai tempat menarik seperti Harbour Town, Dockland, Ettihad Stadium. Kami menyambung perjalanan kami dengan berjalan kaki sepanjang hari dan berhenti untuk solat maghrib di Islamic Centre yang komunitinya terdiri daripada masyarakat Islam. Sekitar jam 9.00 malam kami pulang ke penginapan sambil mengisi perut yang kelaparan ditambah pula dengan suhu yang sangat sejuk. Pada tarikh 29 Ogos 2016 merupakan saat bahagia kami semua. Impian untuk ke Philips Island tercapai juga akhirnya. Untuk makluman semua, di Philips Island kami bukan sahaja dapat melihat pelbagai jenis hai- wan, namun kami diberi peluang untuk memegang, membelai, dan juga bergambar dengan pelbagai jenis haiwan teruta- manya kanggaru yang sebelum ini hanya mampu melihat di kaca televisyen sahaja. Sifatnya sangat manja dan penyayang seperti kucing. Selain itu, tidak lupa juga haiwan yang menjadi jolokan Australia selain kang- garu iaitu beruang koala yang sangat comel turut menjadi tumpuan para pengunjung. Kami meneruskan perjalanan kami ke Nobbies Board Walk Island. Sepanjang perjalanan ke sana, kami dapat melihat kanggaru melompat-lompat di tepi jalan. Selain itu, ada juga diantara kami yang sempat melihat dan men- gambil gambar penguin yang menyorok di bawah jambatan walaupun bukan di musim sejuk yang sangat sinonim dengan haiwan ini. Setelah itu, kami AL-HIKMAH.indd 41-42 15/8/2017 1:49:36 PM
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=