MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017
semua pelajar. Pengalaman men- gajar Al-Quran sangat bernilai. Hal ini kerana, kami berpeluang untuk bersama dengan mas- yarakat dalam usaha membina generasi Al-Quran. Seterusnya, kami sangat teruja untuk berkongsi pengalaman kami bertugas sebagai pemban- tu kebersihan di Kolej Desa Jati. Disebabkan oleh kawasan kolej yang agak luas, aktiviti pem- bersihan ini mengambil masa selama seminggu. Oleh itu, kami amat berterima kasih kepada pihak pengurusan Kolej Desa Jati yang banyak membantu dalam merealisasikan impian kami menjayakan program ini. Pen- galaman ini sangat berharga bagi kami kerana berpeluang membi- na ukhuwah baru antara pelajar dengan penduduk sekitar Kolej Desa Jati. Pada tanggal 26 Ogos 2016 bermulalah kisah kami Team Giso Melbourne 2016, mencor- ak kenangan dan pengalaman di Bumi Kanggaru. Perjalanan kami dimulakan dengan menaiki bas USIM ke KLIA2 sekitar jam 6.00 pagi dengan perasaan yang san- gat teruja untung berangkat ke Melbourne. Setelah menempuh perjalanan lebih kurang 4 jam, akhirnya kami tiba di lapangan terbang Melbourne sekitar jam 6.00 petang waktu Malaysia, 2 jam lebih cepat berbanding wak- tu Malaysia. Kemudian, kami bertolak ke penginapan kami di Victoria Village iaitu An-Naim Homestay. Semasa dalam per- jalanan ke penginapan, kami sempat berbual dengan pe- mandu yang sedang menyam- bung pengajiannya di peringkat Master. Ceritanya lebih kepada berki- sar tentang kehidupan di Mel- bourne. Menurut beliau, ramai rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di sana. Penginapan kami disediakan untuk 22 orang. Setelah sampai di kediaman, kami mendengar sedikit taklimat daripada pensyarah pengiring sambil menikmati sedikit hidangan buat mengalas perut yang sedang ke- laparan. Pada keesokan hari, 27 Ogos 2016, separuh daripada kami mengikuti Dr Najaa’ mencari Myki Kad untuk memudahkan kami menaiki pengang- kutan awam berbayar seperti bas, keretapi dan sebagainya. Namun begitu, keadaan tidak mengizinkan kerana mesin Myki Kad rosak dan kami terpak- sa meneruskan perjalanan ke Springville Station menaiki kere- ta Encik Edi pengurus pengina- pan yang sudi menumpangkan kami ke sana. Sampai di sana, kami perlu berurusan untuk membeli Myki Kad dan menaiki keretapi ke Queen Victoria Mar- ket (QVM) untuk membeli-belah sambil menunggu program kami bersama EHSAN dan juga wakil pelajar Malaysia yang belajar di University of Melbourne ber- mula. Sampai di Queen Victo- ria Market (QVM), ramai yang membeli cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan dengan harga yang sangat berpatutan seperti T-shirt boleh didapati dengan harga semurah 4$ (dolar Australia). Tepat jam 1.00 tengah hari, kami bergerak mencari Uni- versity of Melbourne. Seusai so- lat zohor di sana, kami menerus- kan aktiviti sharing moment bersama mereka. Aktiviti ini lebih menjurus kearah kehidupan Islam di sana. Menurut mereka, penerimaan agama Islam disini agak mencabar disebabkan oleh pemikiran sesetengah golongan yang sangat tertutup tentang Islam. Disamping itu, kami juga turut membicarakan menge- nai masalah-masalah Aqidah umat Islam yang semakin tenat, perkongsian ini sangat berkait rapat dengan pengkhususan pengajian kami iaitu Akidah dan Agama yang lebih menekankan tentang Aqidah, Tasawuf, Falsa- fah dan Perbandingan Agama. Sebelum kami mengundur diri, kami dijemput menikmati jamuan AL-HIKMAH.indd 39-40 15/8/2017 1:49:34 PM
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=