MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017

B ermimpi untuk menje- jakkan kaki ke sana bagi kami diibaratkan ingin memetik bintang-bintang di lan- git. Masih segar lagi dalam inga- tan, perbincangan kali pertama kami yang beria-ria nak ke Viet- nam disebabkan oleh kos yang rendah dan lebih murah jika hendak dibandingkan dengan kos untuk ke negara maju sep- erti Australia. Inilah negara pili- han pensyarah pengiring kami Dr Ahmad Najaa’ bin Mokhtar. Kata beliau, negara ini lebih maju dan suasananya lain daripada negara lain. Dipendekkan cerita, akhirnya kami mendapat jawa- pan bahawa Melbourne adalah negara yang akan kami lawati walaupun sentiasa diselubun- gi rasa bimbang dek kekangan kewangan kami semua. Maka bermulah kisah kami Team Giso Melbourne 2016. Sebenarnya la- watan antarabangsa ini merupa- kan kewajipan bagi pelajar USIM sebelum mereka menamatkan pengajian di sini. Global Islam- ic Students Outreach (GISO) banyak mengajar kami erti kesabaran, ketabahan, semangat setiakawan dan pelbagai pen- galaman yang tidak dapat ditulis di atas lembaran ini. Bermulanya episod kami se- kelas menyusun atur sega- la program seperti ceramah, Kem Bestari Solat (KBS), Kelas Smart Caliph (KSC), jualan dan program kemuncaknya adalah bertugas sebagai cleaner di ka- wasan Kolej Desa Jati berdekatan dengan USIM seminggu sekali. Sebagai pelajar tahun perta- ma di USIM, kami agak kekok dalam menguruskan prosedur sesuatu program seperti ker- tas kerja, berhubung dengan penceramah, dan sebagainya. Program pertama kami, ceramah bersama Hafizul Faiz (UIA) iaitu penulis buku, DJ radio UIA, dan bekerja di syarikat consultant Ibrah Pradigm yang mana pen- gasasnya adalah Ustaz Shaa’ri. Selain itu, turut digandingkan bersama panel lain iaitu Syamil Hafizi, yang merupakan pelajar Fakulti Syariah dan Undang-un- dang USIM. Program ini agak mengecewakan kami kerana kurang mendapat sambutan disebabkan kekangan masa dan jadual kuliah. Rentetan daripada kekece- waan dalam program lepas, kami meminta nasihat dan pandangan pensyarah pengiring tentang idea-idea atau cadangan untuk menjana kewangan dan per- belanjaan ke sana. Akhirnya, semua bersetuju mengadakan Kem Bestari Solat (KBS) se- cara berkala. Alhamdulillah, dipendekkan cerita, KBS dapat diadakan sebanyak 4 kali dar- ipada KBS 1.0 hingga KBS 4.0. Susah senang dapat kami rasakan bersama. Itulah adat dalam menjana kewangan, sama seperti berbisnes pasti ada jatuh dan bangun dalam masa-masa tertentu. Pada masa yang sama, aktiviti jualan makanan dan mi- numan di program ceramah atau program-program ilmiah di USIM seperti menjual kentang goreng, sosej, koktel, dan sebagainya. Disamping itu, kami juga turut menjual sandwich dari bilik ke bilik di sekitar kolej kediaman. Pelbagai pengalaman pahit manis yang dapat kami rasa. Semasa kami di semester 5, kami mula wujudkan satu kelas mengaji yang dinamakan Kelas Smart Caliph (KSC). Misi utama kelas mengaji ini adalah untuk mendedahkan para pelajar untuk berinteraksi dengan masyarakat dan menolong individu yang masih kabur tentang Al-Quran Kalamullah. Alhamdulillah, sam- pai saat ini, kami di tahun empat, masih lagi menguruskan (KSC) walaupun pada awalnya kurang mendapat persetujuan daripada OLEH : SITI SARAH BINTI SHAMSUDDIN 1131736 AL-HIKMAH.indd 37-38 15/8/2017 1:49:34 PM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=