MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017
Di manakah redha hati kita ? Redha, Redha itu apa ? Redha itu, Bila kau rasa cukup dengan apa yang kau dapat, Redha itu, Bila kau mampu kata syukur meski yang diimpi tak kesampaian, Redha itu, Bila kau yakin dengan Allah atas apa yang telah dia takdirkan untuk dirimu.. Redha, Redha itu apa ? Redha itu ibarat langit mendung tapi kau tetap tersenyum, Redha itu ibarat kaki kau tempang tapi kau tetap laju menghayun jalan, Redha itu ibarat termasin dalam masakan tapi kau masih kata sedap di khalayak ramai.. Dan Redha itu, Bukan semudah ditutur dikata, “ Aku redha Ya Allah atas sekian sekian perkara ini…” Dan Redha itu, Bukan semudah bicara, “ Aku redha atas segala ketentuaan yang Esa..” Kerana ia Soal Hati, Yang di mana ada dua yang boleh kuasai, Sama ada Iman atau Syaitan.. Andai Iman menguasainya, Mungkin dikau menjadi manusia yang melihat esok sebagai peluang menebus luka, Andai syaitan menawannya, Mungkin dikau menjadi manusia yang tidak mahu melihat hari keesokannya.. Maka..Di manakah redha hati kita? ASMA HAMIZAH BT MOHAMAD GHAZALI S eringkali dalam hidup ini kita dengar dan kita sebut perkataan redha kepada seseorang yang ditimpa ujian. Pernahkah kita sedar disebalik perkataan redha itu terbukun- ya satu rasa yang tidak dapat digambarkan apatah lagi untuk diluahkan. Ingin ku kongsikan kisah yang ku lihat daripada seorang Abah dalam melalui redha itu. Bu- kan mudah bagi seseorang itu menerima kehilangan orang yang begitu disayangi. Abah perlu redha dengan perkhabaran mengenai kematian ibunya dan kematian anak perempuannya dalam kemalangan yang mereka sekeluarga terlibat ketika dalam perjalanan ke kampung pada hari yang sama. Sesungguhnya kita sedar ba- hawa setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Abah berusaha untuk tenang dengan apa yang berlaku. Itu yang ku lihat ketika Abah mengusung jenazah ibun- ya dan kemudian jenazah anak perempuannya. Mungkin ketika itu aku terlalu muda untuk me- mahami apa itu erti kehilangan tetapi bila tiba umurku dewasa membuat aku terfikir kembali, bagaimanakah perasaan redha itu ada tersemat kemas dalam diri Abah? Tahap redha yang Abah lalui diuji dengan lebih hebat apa- bila keadaan emak ku terjejas dan menyebabkan beliau tidak boleh berjalan akibat daripada kemalangan tersebut. Alham- dulillah dengan bantuan abang sulung, emak ku dijaga rapi. Kami adik-beradik dijaga sem- purna oleh Abah walaupun emak sudah tidak mampu berjalan. Kadang-kala aku terfikir berapa lama lagi Abah mampu melalui fasa redha itu. Fasa yang mana abah perlu menerima segalanya dengan hati terbuka atas segala yang Allah sudah tentukan. Be- narlah bahawa ujian yang datang itu sentiasa menguji keimanan seseorang. Kunci terbaik untuk melalui segala ujian itu adalah sabar dan redha kerana sesung- guhnya telah tertulis hikmah yang terbaik disebalik kejadian untuk seseorang itu. Tidaklah mampu aku menga- takan diri ini begitu kuat untuk melalui ujian seperti abah yang redha dalam melalui semua ujian ini kerana sehingga kini fobiaku masih terasa. Hanya mampu berdoa Allah meminjamkan kekuatan Abah itu suatu hari nanti. Sesungguhnya aku belajar redha itu daripada seorang Abah yang aku kagumi. Al-fatihah buat adindaku, Siti Hajar binti Othman. ي � حسبنا الله ونعم الوكيل، ونعم المولى ونعم النص REDHA رضا OLEH : NASIHAH AMIRAH AL-HIKMAH.indd 35-36 15/8/2017 1:49:33 PM
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=