MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017
Nasrani, dan orang barat? Suatu perkara yang jarang berlaku bil- amana kita hidup dalam keadaan bersederhana tanpa ada tele- visyen di rumah. Yang ada cuma, dihidupkan halaqah ilmu dalam biah keluarga sepertimana kehidupan nabi dan para saha- bat bersama kelaurga. Sekadar renungan bersama, adakah kita mampu mendakap tarbiah seper- ti keluarga ini? Kata yang mudah diungkap tetapi perit untuk dilaksana Terutama bagi seorang yang mahu menjadi diri yang baru dan sedang dalam proses penghijrahan Bagi sesetengah pihak, mereka me- mandang orang yang sebelumnya be- rakhlak buruk entah mampu bertukar kepada yang lebih baik Mungkin bagi mereka, manusia tidak boleh berubah, seseorang yang mahu berubah kepada lebih baik ini Dianggap hipokrit, berlakon, melakukan sandiwara atau segalanya yang buruk. Aku juga tergolong dalam golongan insan hijrah Pengalaman masa lalu, suasana sekeliling menjadikan aku semakin matang, semakin dewasa Aku sudah lalui fasa sekolah rendah, sekolah menengah dan sekarang aku budak ‘U’ Hijrah ku beralun, punyai turun naik Dalam erti kata mudah, semua ber- mula daripada diri kita Jika dipilih jalan yang buruk akan jadi seperti apa yang kita pilih, kalau baik maka baik lah ia Usah dipandang hina dan buruk pada mereka yang sedang lalui proses hijrah ini Banyak mehnah, ujian dan ibtila’ perlu ditempuhi bagi mereka yang sedang berhijrah. Bagi diriku sendiri, aku mula bertu- dung labuh sekitar Tingkatan Tiga dahulu Sebelumnya aku bertudung singkat, tak menjaga ikhtilat, amalan seharian juga tenggelam timbul Segar lagi di ingatan, aku selalu diketawakan oleh rakan tatkala aku kerap merungut kerana selalu lak- sanakan solat di hujung waktu, Kawan-kawan ketawa dan menga- takan aku ini terlalu lurus dan pena- kut untuk hal yang sebegitu Terlalu banyak perkara hendak diceritakan tetapi ternyata ia lebih cenderung Membuka aib sendiri dan aib saha- bat-sahabat Manusia mana dibumi ini yang tidak pernah berbuat salah dan silap. Cukuplah sekadar ini Cukup aku katakan, hijrah mudah disebut tetapi sukar untuk dilakukan Cukup aku ucapkan syukur setiap asbab setiap yang terjadi Allah selalu ada untuk sedarkan diri alpa ini daripada lena yang panjang. _INSAN HIJRAH_ ( 8/4/2016 – 27 Jamadil Akhir 1437 H ) OLEH : NAJIHAH BINTI NORDIN 1141782 Hijrah AL-HIKMAH.indd 33-34 15/8/2017 1:49:31 PM
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=