MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017
kALAm siswa T ersentuh. Perlu selalu bercerita kisah-kisah yang membina keimanan dengan anak-anak kerana setiap didikan itu bermula dari rumah. Saya pernah bertemu dengan seorang sahabat yang baru dikenali namun ikatan ukhuwah antara kami amat erat sehingga dia sudi menceritakan kepada saya sebuah kisah yang mem- buatkan air mata saya mengalir deras bahkan sekarang pun saya sudah berasa sebak pabila mengingatkan kembali kisah ini. Ia berkisar tentang seorang anak perempuan yang berumur 7 tahun. Ayahnya seorang peniaga di pasar malam yang sederhana pendapatannya dan ibunya seo- rang suri rumah dan keluarga mereka berada di tahap rendah dari segi taraf ekonomi tapi san- gat menjaga agama. Di rumahnya tiada tv tapi yang ada cuma pembacaan hadis dan kisah-kisah sahabat Nabi saw. Suatu perkara yang sangat jarang didengari. Ayahnya seo- rang pendakwah tanpa gaji yang berdakwah secara ikhlas ber- bekalkan wang sendiri. Tiap-ti- ap hari Ayah akan menghantar anak perempuan itu ke sekolah dan memberikan wang saku. Anak perempuan itu terima den- gan senyuman dan beri ciuman kepada ayahnya. Pada satu hari, Ayah ingin kel- uar berdakwah ke satu tempat yang agak jauh tetapi duitnya tidak cukup untuk dia tinggal- kan nafkah kepada anak isteri sepanjang sepeninggalannya dan juga belanjanya sendiri ketika berdakwah. Ayah mulai runsing dan berbincang dengan isterinya tanpa dia sedari, anak perempuan kecil itu terdengar perbualan mereka. Lalu anak perempuan itu datang dengan sejumlah wang yang banyak di dalam sebuah bekas dan ser- ahkan kepada ayahnya sambil berkata, “Abi, ini Nana beri hadiah kepa- da Abi. Abi guna lah sebagai be- lanja untuk keluar berdakwah” Ayah terkejut lalu bertanya, “Daripada mana Nana dapat banyak duit sebanyak ini?” Anak perempuan kecil itu tersenyum ceria dan berkata, “Ini duit belanja yang Abi beri setiap hari yang sudah Nana kumpulkan”. Si ayah berkerut dahinya men- dengarkan perkara itu dan bertanya, “Jadi apa yang Nana makan di sekolah, nak?” Anak kecil itu menjawab dengan mulut mungilnya, “Nana tahu Abi tak ada banyak duit. Nana juga faham agama itu penting. Sebab itu Nana simpan semua duit yang Abi beri dan kumpulkan dalam satu bekas. Nana kumpul semua dan beri pada Abi supaya Abi dapat gunakan duit itu di jalan Allah. Abi tak perlu risau, Nana teringin sangat nak jadi seperti Saidatina Fatimah, Saidatina Khadijah dan Serikandi Su- mayyah sepertimana yang sela- lu Abi dan Ummi ceritakan pada Nana setiap malam. Tapi Nana kan masih kecil jadi Nana tak mampu berjuang seperti mere- ka. Ini saja yang Nana mampu korbankan untuk agama. Setiap hari bila Nana rasa lapar di se- kolah, Nana akan teguk sedikit air paip untuk alas perut. Abi tak perlu lah risau”, ujar Nana dengan nada memujuk. Tidak tertahan empangan air mata Abi dan Ummi lalu ia pecah dan mereka pun menangis laju, teresak-esak. Abi berasa syukur teramat kera- na dikurniakan anak yang masih kecil tapi kefahaman agamanya tinggi seperti wanita-wanita yang ditarbiah oleh Rasulullah s.a.w. Sekarang, apabila diteliti setiap inci kehidupan, apakah kita sep- erti wanita yang ditarbiah Ra- sulullah s.a.w? Atau kita seperti wanita yang ditarbiah Yahudi, Anak Seorang Pendakwah Anak kecil itu menjawab dengan mulut mungilnya, “Nana tahu Abi tak ada banyak duit. Nana juga faham agama itu penting. Sebab itu Nana simpan semua duit yang Abi beri dan kumpulkan dalam satu bekas. AL-HIKMAH.indd 31-32 15/8/2017 1:49:30 PM
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=