MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017
kALAm siswa A hmad Ammar. Indah namamu seindah akhlakmu. Cerita Cinta Ahmad Ammar merupa- kan buku yang dis- usun oleh Grup Pen- jejak Tamadun Dunia (GPTD). Menceritakan tentang kisah perjuan- gan anak muda yang belum selesai dek ker- ana ajal yang terlebih dahulu menjemput. Buku ini telah aku baca semasa aku masih berada di sekolah me- nengah pada waktu itu, namun kisah perjuangan arwah Ahmad Ammar yang tercatat dalam buku ini semestinya memberikan semangat dan motivasi kepada sesiapa sahaja yang memba- canya sekaligus mengagumi sikap yang ada pada arwah yang seharusnya dicontohi oleh para remaja pada masa kini. Mengalir air mata tatkala mem- baca kisah perjuangan arwah yang sangat hebat sekali di usia muda sehingga terdetik di hati ini masih adakah remaja yang indah akhlak persisnya di saat ini? Ammar merupakan insan yang tidak dikenali sema- sa hayatnya, namun namanya masyhur dijulang setelah kema- tiannya. Menurut ibunya, arwah merupakan seorang anak yang baik, tidak pernah sekali dalam hidupnya Ammar meninggikan suara kepadanya. “Anak saya seperti remaja-remaja lain. Cuma beza Ammar ialah akhlaknya. Ketika orang sibuk bertanya ten- tang keperibadian arwah, saya cuba ingat kembali. Berapa kali saya meninggikan suara atau jika pernah terdetik perasaan marah kepadanya. Baru saya tersedar, tidak pernah sekalipun saya melakukan semua itu ke- padanya. Dia anak yang mudah dijaga dan tidak pernah merung- ut”. Di usia mudanya, Ammar tel- ah melakukan banyak perkara yang seharusnya dicontohi oleh pemuda-pemuda sekarang. Antara perkara yang aku kagumi tehadap arwah ialah: • Menghafaz Al-Quran pada usia muda • Menjelajah beberapa buah negara seperti Turki, Istanbul, Syria, Kemboja, Indonesia • Mempelajari tulisan arab Uthmani • Mempelajari Risalah An-Nur • Sukarelawan • Penterjemah bahasa • Berjaya menguasai bahasa Turki moden dan Os- mancila (tulisan jawi Turki Uthmaniyyah) Arwah merupakan pelajar ter- baik SPM dalam bidang sains. Namun, ayahnya menginginkan Ammar untuk sambung belajar di Turki dalam bidang sejarah Uth- maniyyah. Ayahnya mempunyai matlamat yang tersendiri untuk menjadikan Ammar sebagai seja- rawan, kerana menurut ayahnya bidang ini amat penting untuk umat kerana sejarah hebat Khila- fah Uthmaniyyah ingin dipadam- kan oleh barat daripada ingatan umat Islam. Beliau juga berkata kepada Ammar bahawa Khilafah Uthmaniyyah perlu dikaji dari- pada perspektif Islam dan harus dijadikan inspirasi kepada umat mendatang. Selain terkenal dengan sikap- nya yang baik terhadap insan sekeliling, Ammar juga mempu- nyai sikap yang baik terhadap binatang. Pernah pada suatu hari semasa pulang dari sekolah bersama rakannya, Ammar sang- gup membeli sebotol air mineral semata-mata untuk diberikan kepada seekor kucing. Apabila ditanya kawannya untuk siapa air mineral tersebut. Katanya untuk kucing yang dijumpainya AL-HIKMAH.indd 27-28 15/8/2017 1:49:26 PM
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=