MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017

Nabi SAW tidak pernah menipu da- lam gurauan bahkan bag- inda memberi amaran yang keras kepada golongan ini dengan sabda baginda: “Celakalah bagi yang berbicara lantas berdusta hanya karena ingin membuat suatu kaum tertawa. Celakalah dia, celakalah dia.” (H.R Abu Daud) Persoalannya, Kenapa perkata- an “celakalah ia” diulang dua kali di dalam hadith ini? Ini menunjukkan bahawa ter- sangatlah berat hukumannya kepada orang yang berdusta, kerana pendustaan ialah salah satu punca segala kejahatan dan akhirnya menyebabkan hati menjadi mati kerana terlalu ban- yak ketawa, naudzubillah. Ayuh sama-sama kita imbas kembali bagaimana gurauan Nabi SAW dengan seorang nenek, baginda bergurau dengan nenek tersebut tanpa berbohong kepadanya. Hadith ini sangat masyhur di kalangan kebanyakan kita. Nabi SAW juga melarang gu- rauan yang mendatangkan mudharat. Pernah berlaku pada zaman Nabi Saw, Abdullah Bin Hudzafah pernah memerintah- kan para sahabat untuk terjun ke dalam api sebagai tanda taat mereka kepadanya sebagai seorang pemimpin. Ketika mereka hampir terjun ke dalam api, Abdullah Bin Hudzafah lalu berkata: “Tahanlah diri kalian, sesung- guhnya aku hanya bergurau dengan kalian.” Kemudian ketika mereka sudah sampai Madinah, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah saw, maka Rasulullah saw pun bersabda : “Siapa saja dari mereka (pemimpin) yang me- merintahkan kalian untuk melaksanakan maksiat, maka janganlah kalian menta- atinya” (Sahih Riwayat Ahmad) Selain itu, kita bila mendengar sesuatu perkara yang melucu- kan, adakalanya ketawa sam- pai tak ingat dunia. Kita lihat bagaimana Aisyah r.a menggam- barkan kepada kita bagaiman cara Nabi SAW ketawa. “Saya tidak pernah melihat Rasu- lullah saw kertawa terbahak-ba- hak hingga terlihat anak lidahn- ya, baginda hanya tersenyum.” (H.R Muslim dan Ahmad) Saya simpulkan bahawa Islam tidak pernah menghalang kita daripada bergurau senda selagi mana ianya tidak bercanggah dengan garis panduan yang tel- ah ditetapkan. Ikut sahaja garis panduan Islam dan anda boleh bergurau tanpa mendatangkan mudharat kepada diri sendiri atau insan di sekeliling. Mudah bukan? Moga setiap perlakuan harian kita berlandaskan rasa taqwa terhadap Allah SWT agar kita terhindar dari perbuatan sia-sia dan dosa tanpa kita sedar. Moga Allah ampunkan tiap kelemahan dan kekhilafan yang kita lakukan saban hari samada dalam sedar atau tidak kerana mereka yang terbaik di kalangan pendosa adalah yang sentiasa memperba- harui taubatnya, Wallahua’lam. OLEH : SITI HAJAR BT ABDUL RAHMAN 1141832 AL-HIKMAH.indd 25-26 15/8/2017 1:49:24 PM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=