MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017
“Hai orang-orang yang beri- man, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan mer- endahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jan- gan memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertau- bat, maka mereka itulah orang- orang yang zalim.” Di dalam ayat ini, Allah SWT melarang ummat Islam memper- olokkan sesama sendiri. Ibnu Katsir Rahimahullah dalam taf- sirnya menjelaskan bahawa ayat ini diturunkan kepada kaum Muslimin kerana ada di kalan- gan mereka yang saling mem- perolok satu sama lain. Ini ialah perbuatan biasa pada zaman Arab jahiliyyah. Namun ada di antara mereka masih mengamal- kan budaya ini setelah memeluk Islam, disebabkan itu Allah menurunkan ayat ini sebagai teguran kepada mereka. Terdapat juga di dalam sirah Nabi SAW dalam sahih Bukhari di mana sahabat baginda iaitu Abu Dzar r.a pernah memanggil Bilal r.a dengan panggilan “wa- hai anak wanita berkulit hitam”. Bilal r.a lalu mengadukan hal itu kepada Nabi SAW dan sewaktu bertemu dengan Abu Dzar bag- inda hanya lalu sahaja di hada- pan Abu Dzar hingga dikatakan “kami tidak tahu Nabi menjawab salamnya atau tidak”. Setelah itu, Nabi SAW bersabda: “Wahai Abu Dzar! Engkau telah menghina Bilal dengan mer- endahkannya dan asal-usulnya. Di dalam dirimu terdapat sifat jahiliyyah.” Lihatlah! Bagaimana Islam san- gat menjaga maruah seorang individu. Habis tu, Nabi SAW pernah bergurau tak? Pernah! Bahkan ada bebera- pa hadith yang menceritakan bagaimana Nabi mengajar kita adab dalam bergurau. Antara perkara yang sangat ditekankan ialah tentang aspek pembohon- gan dalam gurauan yang sering kita terlepas pandang dalam kehidupan seharian kita. Bergurau Biarlah Tidak Melanggar Garis Panduan Syarak Gurauan ialah salah satu hiburan untuk manusia, kerana fitrah manusia sukakan perkara yang menyenangkan hati. Namun, gurauan juga ada batas dan panduannya. “ Aik! Dalam Islam boleh bergurau ke? Tak pernah tahu pun! ” Sekarang meh saya nak bagitahu.. Islam adalah agama yang syumul yang mana dari awal ter- bit hinggalah terbenam matahari Islam mengajar kita ten- tang kehidupan seorang muslim hatta dalam bab bergurau pun, tapi ada batas dan panduannya. U mum mengetahui, di Malaysia terdapat banyak rancangan hiburan lawak yang bagi saya tidak sedikit pun bermanfaat bahkan makin menjauhkan manusia dari Islam itu sendiri. Malahan, ada segelintir manusia yang menjadikan gurauannya se- bagai satu bahan lawak sehingga merendahkan orang lain tanpa dia sedar. Kadang kala, kita memanggil orang lain dengan gelaran yang tak disukai, walaupun pada hakikatnya kita cuma bergurau. Allah SWT melarang perbuatan ini sepertimana yang termaktub di dalam Al-Qur’an di dalam Surah Al-Hujurat : 11 AL-HIKMAH.indd 23-24 15/8/2017 1:49:22 PM
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=