MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017
ii. Milni Merupakan adat pertemuan antara bapa pengantin lelaki dan bapa pengantin perempuan pada hari perkahwinan di rumah pengantin perempuan. iii. Anand Karaj Perkahwinan dilakukan di gurdwara. Dimulakan dengan nyanyian dan bacaan kitab suci agama Sikh. Selepas itu Grathi akan menyam- paikan tujuan perhimpunan dan menerangkan tujuan perkahwinan dan tangungjawab suami dan isteri dalam agama Sikh. Pasangan pengantin duduk bersila di hadapan Guru Granth Sahib. Perkah- winan disempurnakan apabila pengantin lelaki diikuti pengantin wanita dari belakangnya, berjalan mengelilingi Guru Granth sahib sebanyak empat kali sambil memegang kain yang menjadi simbolik bahawa keduanya telah disatukan dengan disaksikan Tuhan. Majlis diakhiri dengan bacaan doa kesyukuran dan juga hidangan karah parshad (halwa yang suci). Sebagai kesimpulannya agama Sikh adalah merupakan agama baru yang dibentuk berdasarkan gabungan beberapa konsep utama dalam agama Hindu dan Islam. Walau bagaimanapun, terdapat banyak perbezaan di antara agama Islam dan Hindu dengan agama Sikh. Hal ini kerana, berlaku penambahan-penambahan dan ubah suai dalam agama Sikh yang dibuat oleh Guru Nanak sendiri dan para Guru selepasnya. Wahai muslimah Ketahuilah bahawa dirimu terlalu berharga Yakinilah, percayalah Ada terselit kebahagiaan daripada dirimu walau secebis. Wahai muslimah Usahlah terlalu layankan angan-angan yang panjang Sehingga dirimu lupa dan leka akan tanggungjawab dan amanahmu Tangkaslah, percepatkanlah langkahmu dalam segala hal walau dirimu lelah Wahai muslimah Dirimu penyeri dunia Allah terlalu cintakan muslimah sehingga mengangkat tinggi darjatmu disisiNya Ketahuilah bahawa muslimah itu ada kekuatan tersendiri jangan terlalu lemah Wahai muslimah Elakkanlah dan jauhkanlah perasaan yang menghalang kita daripada redha Allah Jagalah ikhtilatmu dengan lelaki ajnabi Berpendirian tegaslah, usahlah lembutmu kau tunjukkan pada yang bukan halal untukmu Ketahuilah bahawa dirimu terlalu istimewa INSAN HIJRAH ( 03 APRIL 2016 – 24 JAMADIL AKHIR 1437H ) Muslimah… kALAm siswa by SITI SARAH BINTI SHAMSUDDIN AL-HIKMAH.indd 21-22 15/8/2017 1:48:51 PM
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=