MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017
Agama Sikh secara asasnya tidak mempunyai ritual ibadat yang khusus kerana, pengasas agama Sikh Guru Nanak ber- pendapat bahawa ritual seperti berpuasa, menunaikan haji dan penyembahan berhala tidak memberi manfaat kepada manu- sia. Balasan yang baik dari tuhan dapat diperolehi hanya dengan melakukan banyak perkara-per- kara kebaikan dalam hidup. Namun begitu, masih terdapat beberapa ritual keagamaan yang diamalkan oleh orang Sikh. Antara amalan yang dilakukan adalah: UPACARA KEAGAMAAN Penyembahan Dan Kebaktian. Dilakukan samada secara individu atau kolektif. Penyembahan dan kebaktian yang dilakukan secara individu dibuat pada waktu pagi dan petang di rumah. Manakala jika dilaksanakan secara kolektif ibadata akan dibuat di gurdwara. Mereka akan mengelilingi kitab Guru Grant Sahib kemudian duduk di hadapannya dan membaca mantera dan ayat dari kitab tersebut. Amrit Sanskar Merupakan upacara pembaptisan bagi individu yang ingin menga- nut agama Sikh. Upacara ini diadakan di gurdwara di hadapan Guru Granth Sahib dengan disaksikan oleh lima orang Sikh yang soleh dan sempurna yang digelar Panj Piare (Five Beloved Ones). Sebelum dibaptiskan individu tersebut perlu mandi dan wajib memakai simbol 5Ks. Semasa upacara berjalan, teks agama akan dibacakan. Selepas itu, mereka diberi minum air “Amrit” sejenis air madu dan dikacau dengan menggunakan pedang. Apabila seseorang telah meminum air tersebut, dia akan dianggap sebagai penganut agama Sikh dan juga seorang ahli Khalsa iaitu orang yang terpilih. 5Ks atau Kakkars ini merupakan simbol yang menjadi lambang dan identiti signifikan orang Sikh. Kelima-lima simbol ini mesti dipakai oleh lelaki dan wani- ta Sikh bagi menunjukkan komitmen dan keimanan mereka terhadap ajaran Sikhisme. Simbol 5Ks adalah seperti berikut; Kesh (rambut panjang), Kangha (sikat rambut yang kecil), Kirpan – (sejenis pisau atau keris), Kara (sejenis gelang besi) dan Kech (seluar pendek). Naamkaran Merupakan upacara pemberian nama kepada bayi yang baru lahir yang dijalankan di gurdwara oleh seorang Granthi (orang yang arif tentang agama). Granthi akan membuka secara rambang kitab Guru Granth Sahib dan membacanya dengan kuat. Tujuan dibaca dengan kuat ialah bagi membolehkan keluarga bayi berkenaan memilih nama yang bersesuaian berdasarkan kepada huruf pertama dalam mukasu- rat yang dibaca tersebut. Dastar Bandhni Merupakan upacara pemakaian serban bagi remaja lelaki yang telah mencapai umur di antara 11 hingga 16 tahun. Upacara ini biasanya dilakukan oleh Granthi. Anand Karaj Merupakan upacara perkahwinan bagi orang Sikh. Bagi mereka perkahwinan adalah suci dan penceraian adalah mustahil dan tidak dibenarkan. Mereka juga mengamalkan monogami. Upacara perk- ahwinan orang Sikh tidak terikat dengan ritual perkahwinan Hindu. Memilih hari yang baik untuk berkahwin adalah dilarang. Terdapat beberapa upacara dilakukan bagi memastikan perkahwinan yang dil- angsungkan dapat memberikan hasil yang baik dan memuaskan hati kedua-dua pihak. Antara upacara tersebut adalah; i. Mangani Mangani merupakan upacara pertunangan dan menetapkan tarikh perkahwinan. Upacara ini tidak diwajibkan namun boleh dilakukan. AL-HIKMAH.indd 19-20 15/8/2017 1:48:50 PM
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=