MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017

TEOLOGI AGAMA-AGAMA DUNIA Oleh: Dr. Mohd Rosmizi Abd Rahman D i sini ingin saya kongsikan secara santai tentang pel- bagai sistem kepercayaan atau sistem teologi yang terdapat da- lam pelbagai agama. Nak belajar perlbagai agama kan. Kalau nak tahu, sejarah telah membuktikan dan menyaksikan kelahiran pel- bagai agama di muka bumi ini. Macam-macam agama ada… Agama-agama tersebut lahir pada masa dan tempat yang berbeza-beza. Namun, ada juga yang lahir dalam waktu dan tempat yang hampir sama. Jadi semestinya wujud beberapa persamaan dan juga perbezaan antara kesemua agama ini. Hari ini, agama-agama tersebut telah mempunyai sekelompok pengi- kut yang setia mempercayai dan beramal dengan ajarannya. Jumlah pengikut serta ajaran agama-agama tersebut amat ber- beza dari satu dengan yang lain. Namun tidak kesemua agama yang pernah wujud di dunia ini kekal dan masih diamalkan. Ini kerana terdapat beberapa agama kuno yang telah pupus ditimbus peredaran waktu. Justeru ag- ama-agama tersebut sudah tidak wujud dan tidak diamalkan lagi. Hari ini kita masih boleh saksikan dengan mata kita sendiri kewujudan pelbagai ag- ama-agama yang masih ‘hidup’, masih diamalkan, masih boleh dilihat hari ini. Walaubagaimana- pun, bukanlah tujuan coretan ini untuk membincangkan setiap agama-agama tersebut. Usaha itu memerlukan masa dan ruang yang lain. Kali ini marilah kita tengok dahulu kategori-kategori agama secara umum. Sebenarnya para pengkaji ag- ama telah membahagikan agama kepada beberapa ketegori. Salah satu kate- gori ini ialah berdasarkan konsep ketuhanan di dalam agama-agama tersebut. Ini bermakna konsep ketuhanan, iaitu cara mereka mempercayai tuhan menjadi teras dan asas pembahagian ini. Konsep ketu- hanan ini berbeza antara satu agama dengan agama yang lain. Ada yang mempercayai konsep Monoteisme, Politeisme, Heno- teisme, Panteisme, Monoletri, Dualisme dan sebagainya. Mari kita lihat secara ringkas kon- sep-konsep tersebut. Mula-mula sekali mari kita ten- gok konsep Monoteisme. Mono- teisme berasal dari dua gabun- gan perkataan Greek ‘Mono’ ‘Theos’. ‘Mono’ bererti satu dan ‘Theos’ bermakna Tuhan. Bila digabung ia bermakna satu tu- han. Justeru agama Monoteisme merujuk kepada agama yang mempercayai bahawasanya Tuhan hanyalah satu dan Esa. Tiada Tuhan lain melainkan Dia. Adapun agama-agama yang dapat dikategorikan sebagai ag- ama Monoteisme pada masa kini oleh para pengkaji agama ialah; agama Islam, agama Kristian (Nasrani) dan agama Yahudi. Agama Islam hanya memper- tuhankan Allah Yang Maha Esa. Tuhan yang satu. Tiada Tuhan melainkan Allah. Dia tidak mem- 1. Monoteisme tinta pensyarah AL-HIKMAH.indd 1-2 15/8/2017 1:48:37 PM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=