MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017
Nanak. Apabila mereka mene- muinya berlaku satu kejadian yang pelik. Nanak dikatakan tidak dapat bercakap selama tiga hari berturut-turut. Ketika beliau dapat bercakap semula, perkata- an pertama yang terkeluar ialah ‘Tiada agama Hindu dan juga tiada agama Islam. tuhan bukan- lah Hindu dan bukan Islam. Jalan yang aku ikuti ialah jalan tuhan’. Semenjak itu, Guru Nanak mula menyebarkan ajarannya. Beliau telah mendakwa bahawa dirin- ya adalah jurucakap atau wakil tuhan. Beliau juga mendakwa bahawa dia telah diberikan ‘Amrit’ oleh tuhan iaitu sejenis air yang enak dan manis. Beliau juga mendakwa bahawa tuhan telah memerintahkannya dengan berkata; ‘Aku bersamamu, oleh itu pergilah mengulang-ulangi nama-ku dan pastikan orang lain juga berbuat demikian’. Semen- jak itu dia telah mengembara ke sana-sini menyebarkan ajaran barunya kepada orang ramai. Terdapat beberapa kitab suci dalam agama Sikh. Kitab-kitab terse- but telah ditulis, disusun dan disemak oleh 6 orang Guru. Ki- tab-kitab tersebut adalah; Guru Granth Sahib, Adi Granth dan Dasam Granth. Ki- tab-kitab tersebut ditulis dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Punjabi, Per- sia dan Hindu. Dari sudut kandungan kitab-kitab terse- but mengand- ungi syair yang disusun oleh para Guru dalam agama Sikh dan juga kata-kata serta syair yang dipetik dari orang Islam dan Hindu. KITAB SUCI Agama Sikh secara asasnya tidak mempunyai ritual ibadat yang khusus kerana, pengasas agama Sikh Guru Nanak ber- pendapat bahawa ritual seperti berpuasa, menunaikan haji dan penyembahan berhala tidak memberi manfaat ke- pada manusia. Ketuhanan Mereka mengakui kewujudan satu Tuhan sahaja namun mer- eka juga percaya bahawa tuhan wujud di dalam alam semula- jadi dan dalam setiap benda dan makhluk yang dicipta-Nya. Nama tuhan ialah ‘Nam’. Nam mempunyai banyak sifat dan terdiri daripada dua aspek, yang pertama dipanggil tuhan ‘Nirguna’ dan yang kedua ialah tuhan ‘Sirguna’. Sifat tuhan Nirguna menyamai sifat tuhan di dalam kepercayaan agama Islam. manakala tuhan Sirguna pula menyerupai tuhan yang disembah oleh penganut agama Hindu. Akan tetapi, tuhan yang disembah oleh penganut agama Sikh hanyalah tuhan Nirguna. Kehidupan selepas kema- tian Mereka percaya adanya kela- hiran semula selepas kematian. Seperti agama Hindu, putaran kehidupan dan kematian di- tentukan oleh hukum Karma Samsara. Namum bagi orang Sikh kehidupan semula adalah satu proses yang mesti dilalui oleh setiap orang bagi membole- hkan mereka mencapai Mukhti (bersatu dengan Tuhan dan hidup kekal abadi). Oleh itu, da- lam kelahiran semula tidak ada konsep pembalasan atas dosa pada hayat yang lalu. AJARAN DAN KEPERCAYAAN Untuk mencapai Mukhti, para penganut Sikh dianjurkan supaya bermeditasi kepada tuhan Nam, mengulang-ngulang pujian terh- adap tuhan dan juga melakukan kebaikan seperti menuntut ilmu, bedisiplin dan berkhidmat kepada masyarakat. Para Penganut sikh juga perlu mematuhi larangan seperti berikut: 1)Tidak memotong rambut. 2)Tidak berkelakuan buruk atau tidak bermoral. 3)Tidak merokok. 4)Tidak memakan daging yang disembelih. 5)Tidak meminum minuman beralkohol. AL-HIKMAH.indd 17-18 15/8/2017 1:48:50 PM
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=