MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 05 | 2017
Di sini kita dapat simpulkan bahawa tahap kuasa tuhan-tuhan mereka adalah berbeza. Ada Tuhan yang mempunyai kuasa mutlak, ada tuhan yang berkuasa sederhana malah ada juga tuhan yang agak lemah berbanding tuhan-tuhan lain. Begitulah lebih kurang maksud Henoteisme. 6. Monoletri Sabor…sabor… dah nak ha- bis dah… kali ni namanya Monoletri pula. Ingat lagi apa makna mono? Maknaya satu, kan. Kita dah sebut maknan- ya sewaktu bincang pasal Monoteisme, kan. Tapi kali ni dia beza kat belakang, iaitu ‘letri’. Perasan tak? Mono- letri merujuk kepada sistem kepercayaan yang menyem- bah satu Tuhan tetapi dalam masa yang sama mereka juga mengiktiraf dan mengakui akan kewujudan Tuhan lain bagi kaum yang lain. Boleh bezakan dengan Monoteisme tak? Ada per- samaan dan ada juga perbe- zaan, kan. Yang sama ialah kedua-duanya mempercayai dan menyembah satu tuhan je. Yang bezanya, Monoletri ni, walaupun dia percaya dan menyembah satu tuhan je tapi dalam masa yang sama dia juga mengakui wujudnya tuhan atau dewa lain untuk kaum-kaum atau golongan lain. Dengan kata lain, satu tuhan tertentu yang disem- bahnya tu untuk dirinya saha- ja, atau golongannya sahaja. Orang lain suka hati dialah nak sembah yang lain. Ini bermakna, Monoletri akui masih wujud tuhan lain atau dewa lain yang boleh disem- bah oleh orang lain. Kalau Monoteisme, ia kata hanya ada satu tuhan je. Tuhan ni untuk semua orang. Bukan untuk dia atau golongan dia je. Semua orang kena sembah tuhan yang satu ni. Sedang- kan tuhan-tuhan lain atau de- wa-dewa lain dianggap palsu, bukan tuhan sebenar. Mana contohnya? Agama Hindu adalah contohnya. Apa? Hindu lagi? Ya! Se- benarnya agama Hindu ada bermacam-macam system kepercayaan. Sesetengahnya berasaskan Monoteisme, ada Politeisme, ada Monoletri, ada Panteisme, dan macam-ma- cam lagi. Ini kerana agama Hindu menerima pelbagai system kepercayaan. Dari segi Monoletri, kekadang ada penganut agama Hindu yang sembah satu tuhan atau dewa je.bagi dia, itulah dewa dia, itulah penolong dia. Tapi dia tak nafikan orang lain boleh sembah dewa yang lain. Dia tak kata dewa orang lain tu salah. Dia hanya focus pada tuhan dia je. Tak kacau orang lain punya kepercayaan. Be- gitulah gamaknye… Ada lagi ke? Sabor…ok ni yang last…kasi ringkas pun- ya..namanya Animisme. Mari kita tengok ape ke benda dia ni… 7. Animisme Animisme ni lebih kurang dengan Panteisme. Ingat lagi tak Panteisme. Yang percaya semua benda ada unsure tuhan tu…ingat kan… bagus, bagus. Biasala, kalau dah berbeza nama, mesti ada sedikit sebanyak perbezaan, kan. Yang bezanya, Animisme ni lebih focus pada manusia. Kerana Animisme percaya bahawa unsur ketuhanan ada atau boleh masuk ke dalam diri manusia. Contohn- ya agama Sikh. Agama Sikh percaya guru-guru terhormat mereka mempunyai un- sur-unsur ketuhanan. Tuhan bercakap melalui mereka dan lain-lain lagi. Ok itu saja, dah janji nak buat ringkas kan… ringkas la ni… Setakat ini saja perbincan- gan santai mengenai Ilmu Perbandingan Agama. Dihara- pkan semua dapat memahani isu asas ini. Walaupun asas, tetapi ia adalah antara isu yang paling penting kerana ia berkaitan dengan ketu- hanan yang merupakan isu AL-HIKMAH.indd 9-10 15/8/2017 1:48:46 PM
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=