MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 04 | 2016
32 Pada 12 dan 13 November 2016 lalu, telah berlangsung Program Retreat Mahabbah sesi 2016/2017. Program ini meru- pakan program tahunan yang dianjurkan oleh Mahasiswa Tahun Dua Pengajian Akidah & Agama untuk mahasiswa ta- hun satu. Program tahunan ini diadakan bertujuan untuk merapatkan dan mengeratkan lagi ukhuwah diantara mahasiswa/i Pengajian Akidah dan Agama, memberi penerangan dan pencerahan kepada mahasiswa/i tahun satu pengajian Akidah dan agama tentang hala tuju dalam pengajian akidah dan agama dan memberikan pendedahan dan memperkenalkan kepada para mahasiswa/i tahun satu Pengajian Akidah dan Agama dengan pensyarah-pensyarah serta pelajar-pelajar pengajian Akidah dan Agama. Program ini telah dihadiri oleh barisan pensyarah Pengajian Akidah & Agama, para pimpinan PERWADAH serta mahasiwa/i Tahun 1 dan Tahun 2. Program dimulai dengan bacaan doa, alunan - Asmaul Husna, nyanyian lagu Usim Terus Maju dan lagu rasmi PERWADAH yang dipimpin oleh ketua unit pengisian program, Saudara Ahmad Ammar Bin Rashid mahasiswa Tahun 2. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah Program Retreat Mahabbah, Saudara Mohd Irfan Ali bin Jamaluddin. Kemudian, Program diteruskan dengan aktiviti pengisian utama berbentuk forum ilmiah yang bertajuk ‘‘Cerminan masa hadapan”, ‘‘Train Akidah to Oxford” dan ‘‘Ukhuwah Semanis Madu”. Program ini juga diselitkan dengan beberapa aktiviti berbentuk kumpulan demi merapatkan ukhwah yang terjalin antara mahasiswa/i tahun 1 dan tahun 2. Program yang berlangsung selama dua hari ini diakhiri dengan sebuah majlis penutup yang telah dirasmikan oleh Ketua Program Pengajian Akidah dan Agama yang baru, Dr. Mohd Rosmizi Bin Abdul Rahman.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=