MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 04 | 2016

30 Program Travelog Ilmiah Usukian Unisza ini telah diada- kan pada 11 November 2016 bertempat di Dewan Kuliah Fakulti 1.2 (FKP). Program ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH). Program ini juga turut melibat- kan 100 orang mahasiswa/i tahun empat iaitu 27 orang mahasiswa dan 73 orang maha- siswi. Objektif Program Trave- log Ilmiah ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara mahasiswa/i USIM dan mahasiswa/i UNISZA. Selain itu, program ini juga dapat memberikan pendedahan kepada para mahasiswa/I tentang fahaman-fahaman yang kian menular dalam masyarakat kita. Tambahan pula, program ini juga turut memberikan peluang kepada pensyarah- pensyarah FKP untuk memben- tangkan kajian-kajian ilmiah mereka sekaligus memberikan informasi kepada mahasiswa/i itu sendiri. Antara kajian-kajian ilmiah yang telah dibentang adalah “Comparative Religion in the Western and Islamic Civilization : The Real Story Behind it’s History” yang dibentang oleh Dr. Rosmizi Bin Abd Rahman. Manakala slot kedua pula dibentang oleh Prof. Madya Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni yang bertajuk Prinsip Pemikiran Syiah dan Bahayanya. Sesi pemben- tangan slot ketiga pula adalah daripada Prof. Madya Dr. Rushdan yang bertajuk Daesh- Terrorism. Slot keempat juga merupakan sesi pembentangan yang terakhir bertajuk Prin- sip-prinsip Pemikiran Liberal dan Bahayanya dibentang oleh Dr. Hamidi Bin Ismail. Seterusnya, dengan adanya Program Travelog Ilmiah ini, secara tidak lang- sung dapat memberikan pen- galaman dan informasi terkini LAPORAN PROGRAM TRAVELOG ILMIAH USUKIAN UNISZA Oleh : Nabilah binti Sulaiman

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=