MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 04 | 2016

29 datang sekaligus merasmikan pengumuman perlantikan pimpinan PERWADAH sesi yang baru. Pertukaran pimpinan dilakukan dengan melakukan pertukaran fail sebagai simbolik penyerahan jawatan dan tugas daripada mantan pimpinan kepada pimpinan yang baru mengikut exco dan jawatan Majlis Tertinggi. Kini, barisan pimpinan PERWADAH bagi sesi 2016/2017 telah diketuai oleh Saudara Muhammad Syadiq Bin Zomorni selaku presiden dan dibantu oleh Saudari Nor Nabilah Bt Senawi selaku Naib Presiden yang mengangkat tema sedikit berbeza seperti sebelum ini iaitu “Akidah Jitu Ummah Berpadu” kepada tema “Towards Professional Muslim” dan “Mahasiswa Berintelektual” pada pimpinan kali ini. Selaku Presiden PERWADAH bagi sesi 2016/2017, Saudara Muhammad Syadiq Bin Zomorni menyampaikan amanat dan harapan kepada tampuk pimpinan terkini memberikan sepenuh komitmen agar gerak kerja lebih teratur, sistematik dan profesional. Beliau juga berharap agar tumpuan program lebih berfokus pada teras ilmiah bukannya populariti semata. Majlis berakhir tepat jam 10.30 malam dan ditutup dengan sesi bergambar bersama pensyarah, mantan pimpinan dan juga pimpinan sesi baru.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=