MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 04 | 2016

28 Pada malam 20 Oktober 2016 lalu, telah berlangsung majlis Muktamar Sanawi PERWADAH bagi sesi 2016 yang merupakan majlis tahunan bagi Persatuan Pengajian Akidah & Agama (PERWADAH). Majlis tahunan ini diadakan bertujuan untuk penukaran tampuk pimpinan PERWADAH bagi sesi 2015/2016 yang diketuai oleh Saudara Mohamad Azmi Bin Syafie dan Saudari Nur Asilah Bt Ghazali ke tampuk pimpinan yang baharu bagi sesi 2016/2017 berdasarkan undian yang telah dilakukan pada pilihanraya PERWADAH sebelum itu. Muktamar ini telah dihadiri oleh barisan para pensyarah Pengajian Akidah & Agama, para pimpinan PERWADAH bagi sesi lalu dan sesi terkini, para mahasiwa -mahasiswi Tahun 1 sehingga Tahun 4. Turut serta juga para Alumni Pengajian Akidah & Agama yang hadir bagi memberikan sokongan. Majlis dimulai dengan bacaan doa, aluan Asmaul Husna, nyanyian lagu USIM Terus Maju dan lagu rasmi PERWADAH yang dipimpin oleh pengerusi majlis, Saudara Ahmad Ammar Bin Rashid mahasiswa Tahun 2. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Ketua Program Akidah & Agama yang baru, Dr. Rosmizi bin Abdul Rahman yang menggantikan Ketua Program lalu yang dijawat oleh Dr. Ahmad Najaa bin Mokhtar. Kemudian, Saudara Mohamad Azmi selaku Presiden PERWADAH bagi sesi 2015/2016 dijemput untuk memberikan ucapan dan taujihat kepada pimpinan akan MUKTAMAR SANAWI PERWADAH KOLUM AKTIVI PERWADAH

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=