MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 04 | 2016
25 terhadap akhlak Islam. Maka tidak menjadi kehairanan, mengapa para ulama’ tersebut menulis kitab-kitab berkenaan pendekatan Sifat 20, sehinggakan tulisan mereka dalam lapangan ini terlalu banyak untuk dijumlahkan. Di sini dibawakan beberapa contoh tulisan mereka, khususnya dalam tulisan Jawi. Pengkhususan di sini sekadar menjadikan bukti bagaimana kesinambungan yang wujud dalam dunia ilmiah Islam di antara benua Arab dan nusantara. Antaranya Qatr al- Ghaythiyyah karangan Shaykh Husin al-Banjari, al-Dur al- Thamin karangan Shaykh Dawud al-Fattani, Hidayah al- Salikin karangan Shaykh ‘Abd al-Samad al-Falimbani, Taj al- ‘Arus karangan shaykh ‘Uthman al-Fintiyani dan Risalah al-Tawhid terjemahan ‘Abd al-Ghani Yahya dan ‘Umar Yusuf. Kesemua tulisan ini dan selainnya yang banyak lagi, tujuan penulisannnya hanyalah satu, iaitu mengajarkan kepada anak bangsa mereka tentang keserasian dan kesepaduan antara akidah dan akhlak atau tasawuf, yang mana setiap orang Islam yang benar-benar mempelajari akidah Islam serta menghayatinya, mereka pasti meneladani lunas-lunas murni akhlak yang mulia. (‘Abd al-Halim, 2004, 163; 171; 182) . Daripada teras khunu ’ dan khudu ’ terhasillah ta‘ah (taat), amanah (amanah) dan itqan (tekun). Dan daripada teras mahabbah , tawakkal dan rida terhasillah ‘isq (rindu), tarahhum (mengasihi), shukr (syukur), tafakkur (berfikir), tawaddu ’ (tawaduk), muhasabah (introspeksi) dan ‘ adalah (adil). (al-Ghazzali, 1999, 35; 40; 49; 75; 182; 187; 195; 253; 330; 354) . Keberhasilan cabang-cabang akhlak ini merupakan kemuncak pencapaian yang ditumpukan dalam pendekatan akidah Sifat 20. Namun bukanlah pencapaian tersebut kerana keramat bilangan 20 atau khatam mempelajari 20 sifat wajib bagi Allah SWT sahaja, tetapi yang lebih penting kerana penghayatan terhadap ciri-ciri mulia yang terdapat padanya. Meneladani perkara ini telah menjadi resmi para ulama’ Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah sepanjang zaman. Oleh yang demikian, mereka berterusan menggunakan pendekatan Sifat 20 sebagai kaedah mengajar mata pelajaran akidah Islam, yang mana secara langsung telah mendidik cara penghayatan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=