MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 04 | 2016
24 penghayatan yang lebih halus ) . berbanding iman melalui sifat al-Ma‘ani , ini kerana sifat al- Ma‘nawiyyah memperincikan sifat al-Ma‘ani . Justeru, jika iman terhadap sifat al-Ma‘ani Allah SWT memupuk sifat akur dan patuh kepada kuasa dan kehendak Allah SWT, maka iman terhadap sifat al- Ma‘nawiyyah Allah SWT memupuk sifat mahabbah (cinta), tawakkal (tawakal) dan rida (redha) dengan setiap ketentuan Allah SWT. (al- Ghazzali, 1999, 33; 307; 311 Masakan tidak terpupuk cinta kepada Allah SWT apabila mengimani Dia sedang mendengar dan memerhatikan hambaNya melalui sifat sami‘an dan basiran , Dia mendengar permohonan dan aduan, melihat kesejahteraan dan kezaliman yang berlaku ke atas hamba-hambaNya. Masakan tidak terpupuk tawakal kepada Allah SWT apabila mengimani Dia sentiasa berkuasa dan menghendaki melalui sifat qadiran dan muridan , Dia berkuasa dan menghendaki kebaikan atau keburukan, maka wajar kembali kepadaNya segala pengharapan. Masakan tidak terpupuk redha kepada Allah SWT apabila mengimani Dia kekal hidup dan berkata-kata kepada hambaNya melalui sifat hayyan dan mutakalliman , Dia menghidupkan semua hambaNya dan berkata-kata dengan hikmah kepada mereka melalui al-Qur’an, yang terkandung padanya peringatan dan berita gembira. Mungkin hadis Nabi SAW dapat menyimpulkan pemahaman daripada keterangan ini: Sesungguhnya Allah azz wa jalla berfirman kepada ahli syurga: wahai ahli syurga. Lalu mereka menjawab: kami menjawab Mu ya Allah, wahai Tuhan kami, kegembiraan Mu, kebaikan dalam rahmat Mu. Berfirman Allah SWT: adakah kalian redha? Jawab mereka: mengapa kami tidak redha, wahai Tuhan kami, Engkau telah memberikan kepada kami apa yang tidak mampu diberikan oleh mana-mana makhluk Mu. Allah SWT berfirman lagi: apakah kalian mahu Aku berikan suatu yang lebih baik dari semua itu? Mereka menjawab: apakah ada yang lebih baik dari semua itu? Allah SWT berfirman: ya, ke atas kalian redha Ku. Dengannya Aku tidak sesekali murka terhadap kalian.(muttafaq ‘alayh). (‘Abd al-Halim, 2004, 60) . KESIMPULAN Daripada penjelasan yang diutarakan, difahami bahawa keseluruhan Sifat 20 yang menjelaskan keagungan dan kesempurnaan Allah SWT, juga bertindak menerapkan pemahaman berkonsepkan tasawuf. Pemahaman yang menumpukan keberhasilan ikhlas , khawf , qana‘ah , tawbah , khunu ‘, khudu ‘, mahabbah , tawakkal dan rida yang menjadi asas-asas rohani bagi membina akhlak Islam yang murni. Asas- asas ini dikenali sebagai ‘umdah (teras) kepada segala cabang sifat mahmudah (mulia) yang dianjurkan oleh Allah SWT dan nabiNya Muhammad SAW. Daripada teras ikhlas misalnya, terhasillah sidq (benar) dan sabr (sabar) sepertimana diterangkan oleh Imam al-Kharraz RH: Dan benar tidak sempurna melainkan dengan sabar, dan ikhlas termasuk di dalamnya (sabar). (‘Abd al-Halim, 2004, 153) . Daripada teras khawf , qana‘ah dan tawbah pula terhasillah war ‘ (warak), zuhd (zuhud) dan haya’ (malu).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=