MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 04 | 2016
23 padu kerana sifat ini menzahirkan makna wujud Allah SWT. Jika ikhlas adalah sisi tasawuf dalam mengimani wujud Allah SWT maka khunu‘ (akur) serta khudu ‘ (patuh) kepada kuasa dan kehendak Allah SWT adalah dalam mengimani makna wujud. (al-Ghazzali, 1999, 311) . Pada bahagian al- Ma‘nawiyyah (maknawi) Terdapat tujuh sifat Allah SWT dalam bahagian ini iaitu qadiran (yang kuasa), muridan (yang berkehendak), ‘aliman (yang mengetahui), hayyan (yang hidup), sami‘an (yang mendengar), basiran (yang melihat) dan mutakalliman (yang berkata-kata). Jumlah sifat bahagian al-Ma‘nawiyyah ini sama dengan jumlah dalam bahagian sifat al-Ma‘ani kerana sifat al-Ma‘nawiyyah adalah terbitan daripada sifat al- Ma‘ani . Al-Ma‘nawiyyah yang diterjemah sebagai maknawi dalam Bahasa Melayu, memberi maksud berhubung dengan makna atau memberi kepentingan. (Kamus Dewan, 2002, 848) . Terjemahan ini hampir menepati erti al- Ma‘nawiyyah dalam istilah Usuluddin kerana ia melihat sifat al-Ma‘nawiyyah Allah SWT difahami berasal daripada sifat al-Ma‘ani . Cuma berbezanya sifat al- Ma‘nawiyyah daripada sifat al -Ma‘ani , sifat al-Ma‘nawiyyah mempunyai fungsi tambahan iaitu wasitah (perantara) yang menghubungkan sifat al- Ma‘ani Allah SWT dengan makhluk. Secara lebih terperinci, fungsi perantara pada sifat al-Ma‘nawiyyah sebenarnya bukan sahaja menghubungkan sifat al- Ma‘ani Allah SWT dengan makhluk malah menjadi pelaksana ( tanfizan ) keterjadian perbuatan mereka. Dengan kata lain, segala perilaku makhluk yang telah mahupun yang belum dilakukan oleh mereka berada dalam kudrat dan iradat Allah SWT, contohnya sifat qadiran (yang berkuasa). Sifat ini bukan sahaja memberi maksud Allah SWT memiliki kuasa mutlak ke atas segala-galanya malah Dia sentiasa berkuasa tanpa perikatan masa serta tempat, ini dijelaskan oleh hal atau ahwal (kesemasaan) yang menjadi wazan qadiran . (al- Bayjuri, 1939, 48) . Menurut al-Shahid Dr. Muhammad Sa‘id Ramadan al- Buti RH, sifat al-Ma‘nawiyyah Allah SWT berkait dengan empat bahagian, tiga bahagian berhubung dengan makhluk dan satu sahaja yang berhubung dengan zat Allah SWT. Tiga bahagian yang berhubung dengan makhluk tersebut terbina di atas dasar inkishaf (membuka), takhsis (mengkhusus), ta’thir (memberi kesan) dan ihatah (memperinci) segala yang berlaku ke atas makhluk dan apa yang dilakukan oleh mereka. Menatijahkan, tiada kejadian yang berlaku dan tidak satu perbuatan makhluk pun melainkan di bawah pengawasan dan kekuasaan Allah SWT, sama ada kejadian atau perbuatan itu dirasakan baik atau buruk oleh mereka. (al -Buti, 2010, 131-135) . Natijah ini apabila difahami secara teliti, ia merupakan kemuncak iman sepertimana sabda Rasulullah SAW: Dan beriman dengan qadar Allah SWT semuanya, baik dan buruknya. (al-‘Asqalani, t.t., 1: 143) . Kemuncak iman melalui sifat al-Ma‘nawiyyah jika diamati melalui prospek tasawuf, menghasilkan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=