MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 04 | 2016

22 mu. (al-Muhasibi, 2000, 124) . Iaitu mensyukuri Allah SWT dengan beribadah kepadaNya, segera melakukan kebaikan sebelum angan-angan melakukannya. Mengambil iktibar daripada kematian kerana ia adalah satu kepastian bagi setiap kelahiran di dunia ini. Bugarkan pandangan hati tentang Akhirat walaupun pandangan mata lendir terpaut pada dunia. Semua ini terhasil apabila mengira kelemahan serta kekurangan diri sendiri dan keagungan serta kesempurnaan zat Allah SWT. Pada bahagian al-Ma‘ani (makna) Terdapat tujuh sifat Allah SWT dalam bahagian ini iaitu qudrah (berkuasa), iradah (berkehendak), ‘ilm (mengetahui), hayyah (hidup), sama ‘ (mendengar), basar (melihat) dan kalam (berkata- kata). Sifat-sifat ini diambil secara nakli berpandukan keterangan Allah SWT di dalam al-Qur’an dan diberi pengukuhan melalui pemahaman akli terhadap kelaziman yang terbit daripada sifat al-Nafsiyyah Allah SWT. Iaitu menepati sudut istilah sifat al-Ma‘ani yang bermaksud segala sifat yang membina dengan penyifatan yang terdapat pada zat ( kullu sifah qa’imah bi mawsuf al- mujib lahu ). (al-Bayjuri, 1939, 40) . Maknanya, apabila difahami Allah SWT itu wujud maka untuk menzahirkan wujud tersebut diberikan makna- makna wujud yang layak bagi Allah SWT, makna-makna inilah yang dinamakan dengan sifat al-Ma‘ani . Hasilnya, Allah SWT bukan sahaja wujud tetapi juga bersifat dengan sifat Yang Maha Agung ( al-‘Azim ), tidak mengalami lemah, dipaksa, mati, pekak, buta dan bisu, daripada sifat-sifat mustahil bagi Allah SWT dan harus bagi makhluk. (‘Ali, 2010, 74) . Semua sifat al-Ma‘ani ini berfungsi menambah pemahaman terhadap keagungan zat Allah SWT, iaitu menambah perasaan pergantungan dalam hati. Telah dijelaskan dahulu dalam sifat al -Nafsiyyah , tujuan kewujudan makhluk adalah menyembah Allah SWT. Ubudiyah yang dipersembahkan perlu mencapai ikhlas supaya selamat daripada sifat munafik atau zindik, maka pergantungan makhluk kepada Allah SWT melalui iman terhadap sifat al-Ma‘ani lebih yang terkandung di dalam maghfirah seperti khawf (takut) tawbah (taubat), qana‘ah (berpada) dan taqwa (takwa) terbentuk di dalam hati, hasil daripada mengimani kekalnya Allah SWT, binasanya makhluk; abadinya Allah SWT, sementaranya makhluk; satunya Allah SWT, berbilangnya makhluk. Keimanan terhadap perkara-perkara ini mendidik hati bagaimana mengenal kekurangan yang difitrahkan serta penyakit yang boleh menyerangnya (hati), misalnya khawf yang sinonim dengan azab Allah SWT di Akhirat. Perasaan takutkan seksa dan kehinaan neraka Allah SWT adalah hasil daripada kesedaran terhadap dosa-dosa dan keyakinan kepada mati. Semua ini memangkinkan kemahuan bertaubat, meneladani sikap berpada dan mengharapkan pada akhirnya takwa diperolehi. (al-Ghazzali, 1999, 12; 30; 141; 253) . Dan mungkin ucapan Ibn ‘Abbas RA ini boleh memahamkan lagi hal di atas: Sentiasalah mensyukuri Allah, dan singkatkan cita-cita mu. Ziarahilah kubur dengan penuh kesedaran, ingatilah mati, kenangkan hashr dalam hati

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=