MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 04 | 2016

21 Menjadikan hamba menghendaki (menyembah) Allah SWT adalah dengan segala amalannya, perbuatannya, pergerakannya, semuanya sekali sama ada zahir atau batin. Dia (hamba) tidak menghendaki selain daripada Allah SWT sahaja. Dia (hamba) membangunkan akalnya, ilmu dan hatinya, meraikan kepentingannya, hanya mengqasadkan Allah SWT sahaja di dalam setiap urusannya. Dia tidak menyukai pujian atau galakan mana- mana orang pun, tidak gembira amal kebaikannya diketahui oleh orang lain, jika mereka mengetahuinya, dia segera menjauhinya (menyembunyikannya) dengan segera bahkan dia membencinya diketahui orang. Akan tetapi, apabila ada orang memujinya, dia bersyukur kepada Allah SWT, bukan kerana kebaikan amalnya diketahui orang tetapi kerana orang menyedari kebaikan amal tersebut dan mengikutinya. (‘Abd al-Halim, 2004, 154) . Inilah hakikat ikhlas yang difahami di dalam Islam. Kaitannya lebih akrab dengan hati berbanding dengan amalan zahir, memberi fungsi kepada ikhlas menentukan kesempurnaan ubudiyah kepada Allah SWT, seterusnya menentukan kesempurnaan kewujudan makhluk. (al- Falimbani, t.t., 234) . Tanpa keikhlasan tidak sempurnalah ubudiyah dan tanpa ubudiyah tidak bergunalah makhluk wujud - genesis ‘illah wa ma‘lul (sebab dan kesan) dalam wacana wujudi Allah subhanahu wa ta‘ala (kewujudan Allah SWT). Tanpa ikhlas juga, boleh mendedahkan ubudiyah kepada sifat-sifat madhmumah (tercela). Antaranya sifat nifaq (munafik) yang menyimpan kekufuran di dalam hati. Antaranya juga sifat z inddiq (zindiq) di dalam hati yang menentang ajaran Islam, sebaliknya menzahirkan sukakan Islam pada sikap dan perbuatan. (Muhammad Rabi‘, 2005, 1:51) . Pada bahagian al-Salbiyyah (negatif): Terdapat lima sifat Allah SWT dalam bahagian ini iaitu qidam (tiada mendahului) , baqa’ (kekal) , mukhalafatuhu li al-hawadith (bersalahan Allah Ta‘ala bagi segala yang baharu) , qiyamuhu bi nafsihi (berdiri Allah Ta‘ala dengan sendiriNya) dan wahdaniyah (esa) . Sifat-sifat ini diinduksikan daripada pemahaman terhadap bersalahan ( tudad ) Allah SWT dengan ciptaanNya, dan sepertimana diterangkan dahulu tentang pengertian ‘induksi’ dalam bahagian al-Nafsiyyah , sifat-sifat al-Salbiyyah ini juga terhasil daripada pendalilan akal. (‘Ali, 2010, 72) . Iaitu akal membandingkan Allah SWT dengan makhluk, hasil daripada bandingan ini menetapkan keagungan Allah SWT di atas asas; Dialah tuhan pemilik segala kesempurnaan, dan dalam masa yang sama, kelemahan adalah sifat fitrah yang terdapat pada makhluk. (al -Bayjuri, 1939, 35) . Dengan penetapan Allah SWT memiliki segala keagungan serta kesempurnaan dan makhluk memiliki kelemahan serta kekurangan, menetapkan makhluk memerlukan Allah SWT dalam segenap aspek kehidupan mereka. Dari sifat-sifat al- Salbiyyah inilah penghayatan tasawuf terhadap maghfirah (keampunan) diselami. Ciri-ciri

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=