MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 04 | 2016
20 Pendahuluan Akidah Sifat 20 atau sebenarnya kaedah mentauhidkan Allah SWT menurut Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah terbahagi kepada empat bahagian: al-Nafsiyyah, al-Salbiyyah, al-Ma‘ani, al- Ma‘nawiyyah. Setiap daripada bahagian Sifat 20 ini mempunyai sudut interaksi dengan hati orang-orang yang beriman apabila mereka menghayatinya melalui petunjuk Tasawuf. Di dalam makalah ini, dinyatakan secara ringkas cara atau panduan penghayatan tersebut yang mana hasilnya bukan hanya terhenti pada penghasilan ikhlas, bahkan melangkaui kepada penghasilan cabang- cabangnya yang berbagai. Pada bahagian al-Nafsiyyyah (dalaman): Hanya terdapat satu sifat Allah SWT sahaja iaitu al-wujud (wujud) dalam bahagian ini. Sifat ini diinduksikan daripada pemahaman terhadap pergantungan makhluk kepada Allah SWT, dan ‘induksi’ di sini bermaksud keberhasilan melalui pendalilan akal. (‘Ali, 2010, 72) . Iaitu, akal memahami bahawa wujudnya Allah SWT berpandukan kepada bukti wujudnya makhluk, dan akal juga memahami bahawa Allah SWT wujud tanpa tujuan, sebaliknya makhluk wujud kerana tujuan tertentu iaitu menyembah Allah SWT. Perbezaan antara dua kewujudan ini menghasilkan hukum; Allah SWT wajib wujud ( wajib al- wujud ) kerana Dialah sebab kepada tujuan wujudnya makhluk. Maka dengan itu, wujudnya mereka hanyalah mungkin sahaja ( mumkin al- wujud ). Jika tidak bersebab dengan tujuan menyembah Allah SWT maka tidak wujudlah mereka, inilah dimaksudkan dengan mungkin wujud dalam perkaitannya dengan sebab. (al-Bayjuri, 1939, 34) . Kognitif sifat wujud Allah SWT sebagaimana diterangkan amat menyerlahkan sisi tasawufnya, iaitu berpaksikan kenyataan Allah SWT sebagai pusat tujuan makhluk. Ubudiyah Allah adalah satu- satunya tujuan makhluk dijadikan, maka tanpa ubudiyah kewujudan mereka adalah sia- sia. Memahami perkara ini, ubudiyah tidak seharusnya ditekuni oleh anggota badan orang-orang mukmin sahaja malah semestinya dicermati oleh hati mereka. Penghayatan yang bersifat qasdi (qasad) dan ruhi (ruh) adalah bentuk ubudiyah yang wajib dilaksanakan, dan di sinilah maksud ikhlas (ikhlas) memainkan peranannya dengan nyata, iaitu menghayati kewujudan diri semata-mata beribadah kepada Allah SWT. Menerangkan maksud ikhlas ini secara lebih terperinci, Imam Abu Sa‘id al-Kharraz RH mentakrifnya: MENGHADIRKAN IKHLAS DARIPADA PENGHAYATAN SIFAT 20 Dr. Mohd Hamidi Ismail Pensyarah Program Pengajian Akidah dan Agama(USIM)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=