MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 04 | 2016

2 Assalamualaikum w.b.t. Ucapan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah Yang Maha Bijaksana yang merezekikan kami masa dan tenaga dalam memperjuangkan agama yang suci ini. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, rasul akhir zaman yang membawa rahmat sekalian alam, tidak dilupakan ahli keluarga baginda dan para sahabat serta orang -orang yang mengikut jejak dan langkahnya sehingga hari akhirat. Tugas menyampaikan risalah Tauhid telah pun dibawa melalui para sahabat Nabi dan diakhiri oleh Nabi Muhammad s,a,w. Kemudian ia diteruskan oleh para sahabat Nabi dan seterusnya tabi’in dan tabi’tabi’in dan sehingga ke zaman ini tugas itu digalas oleh seluruh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Siri kali ini yang bertemakan ‘Ikhlas’ sudah pasti menghidangkan bahan bacaan yang lebih menarik yang akan memberi manfaat dan ilmu bagi yang membacanya. Majalah ini yang diusahakan oleh para pensyarah Pengajian Akidah dan Agama dan barisan ahli jawatankuasa khusus daripada kalangan pelajar. Tajuk Ikhlas yang sememangnya kita tahu tetapi susah diterapkan dalam diri. Oleh yang demikian, majalah isesi ni akan mengunpaskan dengan lebih terperinci dan sudah pasti menarik perhatian pembaca untuk mendapatkan ilmu dari majalah ini. Majalah ini dibahagikan bahan bacaannya kepada artikel ilmiah dan separa ilmiah, karya kreatif daripada mahasiswa dan sebagainya bersandar- kan penulisan yang tidak berat dan santai. Akhir kata, terima kasih kepada para pensyarah teru- tamanya Dr. Rosmizi B. Abdul Rahman (Ketua Program Pengajian Akidah dan Agama) dan Ustaz Wan Mohd Fazrul Azdi Bin Wan Razali (Penasihat) yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan buat kami bagi menyiapkan majalah yang tidak seberapa ini. Tidak lupa juga kepada para ahli redaksi dan mahasiswa/wi Program Pengajian Akidah dan Agama yang bertungkus lumus serta menyumbang tenaga dan idea dalam menyiapkannya. Moga Allah menilai usha ini dan dicatat pahala disisinya. Ketua Editor, Majalah Al-Hikmah (Isu No.3) Mohamad Hasmimie Bin Mohd Yusof PENAUNG DR. ROSMIZI BIN ABDUL RAHMAN KETUA PROGRAM , PENGAJIAN AKIDAH DAN AGAMA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA PENASIHAT USTAZ WAN MOHD FAZRUL AZDI WAN RAZALI PENSYARAH, PENGAJIAN AKIDAH DAN AGAMA UNIVERSITY SAINS ISLAM MALAYSIA KETUA EDITOR MOHAMAD HASMIMIE BIN MOHD YUSOF SETIAUSAHA & EDITOR 1 MOHAMAD HAKIMI BIN MOHAMED SALLEH FAIQAH BINTI ZULKIFLEE EDITOR 2 MUHAMMAD SYAFIEE BIN MOHD. RIDHUAN SITI NORIDAYU BINTI MOHAMAD RAZALI EDITOR 3 NUR SYAHIELA BINTI IBRAHIM GRAFIK & PUBLISITI MUHAMMAD HANIF BIN AZNI NOR HASHIMAH BT AHMAD SHUKRI FOTOGRAFI & WARTAWAN NURUL A'INI BINTI WAHI ANUWAR AG. HAFIZUL HELMI BIN AG. PUTEH Segala informasi dan kesahihan maklumat di dalam majalah ini adalah tanggungjawab penulis sendiri.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=