MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 04 | 2016
19 dalam peribadatan. Tidak ikhlas dalam melakukan sedekah bermaksud melakukan syirik dalam bersedekah, yakni mempunyai pelbagai niat ketika bersedekah. Misalnya bersedekah kerana mempunyai lebihan wang, ingin menunjuk- nunjuk atau kerana dipaksa seseorang. Tidak ikhlas dalam membantu orang yang susah pula bermaksud mempunyai pelbagai tujuan dalam memberikan bantuan, seperti kerana ingin dipuji orang ramai, kerana dipaksa oleh orang lain, kerana ingin menyingkirkan lebihan wang, harta atau untuk mengisi masa lapang. Kesimpulannya, konsep ikhlas yang diajarkan oleh Imam Ghazali adalah sangat halus dan sangat terfokus. Sebagai seorang ahli sufi yang sangat warak dan teliti, Imam Ghazali menghuraikan konsep ikhlas sebagai satu konsep takhlis al-Amal ‘an al- Shawa’ib kulliha, qaliliha wa kathiriha , iaitu: membersihkan amalan manusia (yang hendak mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.) daripada sebarang maksud atau tujuan lain, sama ada sedikit atau pun banyak. Melalui niat yang ikhlas, akan terlahirlah amalan yang ikhlas. Penjelasan lanjut mengenai konsep ikhlas ini bolehlah dirujuk pada Kitab al- Niyyah, wa al-Ikhlas, wa al- Sidq pada rub’u yang keempat Ihya’ ‘Ulumiddin.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=