MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 04 | 2016
18 he who chooses what is good, and firmly holds it fast.” (The Doctrine of Mean 22:18). Dalam ajaran Islam, penjelasan konsep ikhlas telah dibuat oleh Allah S.W.T., Rasulullah S.A.W. dan ramai ulama muktabar termasuklah daripada kalangan Sahabat R.A., Tabi’in dan Atba’ Tabi’in R.H. Contoh ini dapat dilihat melalui maksud firman Allah S.W.T. dalam Surah al- Bayyinah 98, ayat 5 yang berbunyi seperti berikut: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar. ” Malah, salah sebuah hadis yang disepakati kesahihannya ( muttafaq ‘alayh ) dan sangat masyhur ada menjelaskan bahawa: “Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredaan) Allah dan Rasul- Nya, maka hijrahnya kepada (keredaan) Allah dan Rasul- Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.” Dalam suku ( rub’u ) yang keempat kitab Ihya’ ‘Ulumuddin , Imam Ghazali telah menjelaskan berkenaan ikhlas sebagai salah satu daripada sifat-sifat yang menyelamatkan manusia ( rub’u al-Munjiyyat). Bab berkenaan ikhlas ini disusun dalam bab ketujuh secara kolektif bersama-sama tajuk berkenaan konsep niat dan kebenaran ( al-Sidq ). Secara ringkas, Imam Ghazali menyenaraikan empat tajuk utama dalam perbincangan mengenai ikhlas iaitu hakikat ikhlas, fadilat atau kelebihan ikhlas, darjat-darjat ikhlas dan hukum amalan yang diniatkan padanya lebih daripada satu tujuan. Menurut Imam Ghazali, ikhlas hanya berlaku apabila niat seseorang dalam melakukan satu-satu amalan itu adalah berdasarkan kepada hanya satu tujuan sahaja, tanpa ada sebarang pendampingan atau penambahan kepada tujuan dan maksud kepada pelaksanaan bagi satu-satu amalan. Apabila satu-satu amalan itu bersih daripada sebarang tujuan atau maksud yang lain, maka itulah hakikat yang sebenar bagi sifat ikhlas. Imam Ghazali mengkiaskan maksud ikhlas ini dengan maksud bersih dalam ayat 66, Surah al-Nahl 16: “Dan sesungguhnya pada binatang- binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.” Oleh itu, hakikat ikhlas bagi Imam Ghazali adalah sifat manusia yang niatnya terfokus satu, yakni bersih daripada sebarang tujuan dan maksud lain dalam melaksanakan satu-satu amalan. Hasilnya, bagi Imam Ghazali, lawan kepada ikhlas adalah syirik atau melakukan penyekutuan dalam niat. Tidak ikhlas dalam bertauhid, bermaksud melakukan syirik
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=