MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 04 | 2016
17 Ikhlas merupakan salah satu sifat positif yang penting dalam kehidupan manusia. Sesuatu amalan atau perbuatan yang dikerjakan tanpa keikhlasan adalah ibarat satu paksaan ke atas diri sendiri. Bayangkan seorang guru yang tidak ikhlas mengajar murid-muridnya. Bagaimana guru itu dapat benar -benar memberikan tenaga dan perhatian dalam pengajarannya? Bagaimana pula dengan seorang pemimpin yang tidak ikhlas dengan pimpinannya? Sedangkan hakikat kepimpinan itu adalah taklif (bebanan dan tanggungjawab), dan bukanlah tashrif (kemuliaan yang hendak dibangga-banggakan). Oleh itu, pelbagai agama dunia menekankan kepentingan mengamalkan konsep ikhlas ke atas setiap penganutnya. . Malah, terdapat sesetengah agama sangat menekankan konsep ikhlas kerana sifat inilah yang menjadi penghubung antara seseorang penganut dengan tuhannya. Misalnya, dalam agama Yahudi, ikhlas, sincerity atau faithfulness dinyatakan seperti berikut: “ The Lord is near to all who call Him, to all who call Him with sincerity ” (Psalm 145:18). Dalam tradisi Kristian pula, diungkapkan sebegini: “ Now fear the Lord and serve him with all faithfulness. Throw away the gods your ancestors worshipped beyond the Euphrates River and in Egypt, and serve the Lord ” (Joshua 24:14). Agama-agama wadh’ie (budaya) seperti Hinduisme dan Konfusianisme juga mengikat sifat ikhlas sebagai salah satu inti pati utama HURAIAN RINGKAS KONSEP IKHLAS DALAM PANDANGAN IMAM AL- GHAZALI dalam menghubungkan diri seseorang dengan tuhan mahupun sesama manusia. Dalam ajaran Hindu, latihan meditasi mestilah dilakukan dengan akal yang ikhlas. “ A man becomes pure through sincerity of intellect; thereupon, in meditation, he beholds Him who is without parts” (Upanishad 3.1.8). Manakala, dalam buku The Doctrine of Mean , kepentingan keikhlasan dalam Konfusianisme diungkapkan secara praktikal seperti berikut: “ Sincerity is the way of heaven. The attainment of sincerity is the way of men. He who possesses sincerity, is he who, without an effort, hits what is right, and apprehends, without the exercise of thought; he is the sage who naturally and easily embodies the right way. He who attains to sincerity, is KOLUM PENSYARAH Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Pensyarah / Penyelidik Pascasiswazah, Program Pengajian Akidah dan Agama / Jabatan Usuluddin dan Falsafah,
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=