MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 04 | 2016
11 syaitan ke dalam jiwa, mem- bersihkan hati dari unsur riya’ , kesombongan, gila kedudukan, pangkat, harta untuk menunjuk dan lainnya. Sulitnya mewujudkan ikhlas, kerana hati manusia selalu berbolak-balik. Syaitan selalu menggoda, menghiasi dan memberikan perasaan was- was ke dalam hati manusia, ser- ta adanya dorongan hawa nafsu yang selalu menyuruh berbuat keburukkan. Kerana itu kita diperinta- hkan berlindung dari godaan syaitan. Allah berfirman, yang ertinya : Dan jika kamu ditimpa suatu godaan syaitan, maka ber- lindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Menge- tahui. [Al A’raf : 200]. Jadi, solusi ikhlas ialah dengan membuat pertimbangan secara peribadi, membuang kerakusan terhadap dunia, mengikis dorongan-dorongan nafsu dan lainnya. Dan ber- sungguh-sunguh beramal ikhlas kerana Allah, akan mendorong seseorang melakukan ibadah kerana taat kepada perintah Al- lah dan Rasul, ingin selamat di dunia dan akhirat, dan mengharap ganjaran dari Allah. Usaha mewujudkan ikhlas boleh tercapai, bila kita mengikuti Rasulullah Shallal- lahu ‘alaihi wa sallam dan jejak Salafus Soleh dalam be- ramal dan taqarrub kepada Al- lah, selalu mendengar na- sihat mereka, serta berusaha semaksimum mungkin dan bersungguh-sungguh melawan dorongan nafsu, dan selalu berdoa kepada Allah Ta’ala. HUKUM BERAMAL YANG BERCAMPUR ANTARA IKHLAS DAN TUJUAN- TUJUAN LAIN Syaikh Muhammad bin Shalih Al ’Utsaimin menjelaskan ten- tang seseorang yang beribadah kepada Allah, tetapi ada tujuan lain. Beliau membagi menjadi tiga golongan. Pertama : Seseorang bermak- sud untuk taqarrub kepada selain Allah dalam ibadahnya, dan untuk mendapat sanjungan dari orang lain. Perbuatan sep- erti membatalkan amalnya dan termasuk syirik, berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, Allah berfir- man: ﱡﺮَﻛَﺎءِ ﻋَﻦِ اﻟﺸِّﺮْكِ ، ﻣَﻦْ ﻋَﻤِﻞَ أَﻧَﺎ أَﻏْﻨَﻰ اﻟﺸ ﻋَﻤَﻼً أَﺷْﺮَكَ ﻓِﯿْﮫِ ﻣَﻌِﻲ ﻏَﯿْﺮِيْ ﺗَﺮَﻛْﺘُﮫُ وَ ﺷِﺮْﻛَﮫُ Aku tidak perlu kepada semua sekutu. Barangsiapa beramal mempersekutukanKu dengan yang lain, maka Aku biarkan dia bersama sekutunya. [HSR Muslim, no. 2985; Ibnu Majah, no. 4202 dari sahabat Abu Hurairah]. Kedua : Ibadahnya dimak- sudkan untuk mencapai tujuan duniawi, seperti ingin menjadi pemimpin, mendapatkan kedudukan dan harta, tanpa ber- maksud untuk taqarrub kepada Allah. Amal seperti ini akan terhapus dan tidak dapat mendekatkan diri kepada Allah. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: ﱡﻧْﯿَﺎ وَزِﯾﻨَﺘَﮭَﺎ ﻧُﻮَفِّ ﻣَﻦ ﻛَﺎنَ ﯾُﺮِﯾﺪُ اﻟْﺤَﯿَﺎةَ اﻟﺪ إِﻟَﯿْﮭِﻢْ أَﻋْﻤَﺎﻟَﮭُﻢْ ﻓِﯿﮭَﺎ وَھُﻢْ ﻓِﯿﮭَﺎ ﻻَﯾُﺒْﺨَﺴُﻮنَ ﱠ ﺎرَ ﱠ اﻟﻨ ﱠ ﺬِﯾﻦَ ﻟَﯿْﺲَ ﻟَﮭُﻢْ ﻓِﻲ اْﻷَﺧِﺮَةِ إِﻻ أُوْﻟَﺌِﻚَ اﻟ ﱠﺎﻛَﺎﻧُﻮا وَﺣَﺒِﻂَ ﻣَﺎﺻَﻨَﻌُﻮا ﻓِﯿﮭَﺎ وَﺑَﺎطِﻞٌ ﻣ ﯾَﻌْﻤَﻠُﻮنَ Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna, dan mereka di dunia tidak dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak mem- peroleh di akhirat kecuali neraka, dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia, dan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=