MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 3 | 2015

9 siyasah. Hanya sebuah mimpi jika semua umat Islam di seluruh penjuru dunia dapat bersatu padu dalam satu istinbat hukum Islam. Bahkan Dr. Yusuf Al Qardhawy mengatakan: ikhtilaf pun terjadi di kalangan Nabi dan Malaikat. Ikhtilaf adalah “kekayaan syari'at Islam”. Banyak pendapat dalam syari'at Islam merupakan mutiara-mutiara yang tidak ternilai harganya. Ini kerana ia akan menjadikan ilmu fiqh itu terus tumbuh dan berkembang, karana setiap pendapat yang diputuskan berdasarkan kepada dalil-dalil dan qa'idah-qa'idah yang telah diambil i stinbatnya , lalu diijtihadkan, ditimbang- timbang kekuatan dalilnya, ditarjihkan kemudian diterapkan pada masalah- masalah yang serupa dengannya ( Qiyas ). Umat Islam memang seharusnya bersatu padu dalam semua perkara, tetapi bersatu tersebut bukanlah dengan cara menyatukan pendapat dalam masalah usul, furu’ , ataupun siyasah. Melainkan dengan berusaha sekuat mungkin agar umat Islam saling menghargai perbezaan di antara kalangan semazhab, agar ummat Islam bersatu padu dalam satu cita- cita iaitu untuk menegakkan dan menyebarluaskan agama Allah di muka bumi ini. Dari kiri: Nazrul, Hanif, Syafiee, Faiz dan Aiman

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=