MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 3 | 2015

8 uatu ketika dahulu, Sultan Harun Ar-Rasyid meminta izin daripada Imam Malik untuk menggantungkan Kitab Al-Muwaththa’ di Ka‘bah dan memaksa agar seluruh umat Islam agar mengikuti isinya. Tetapi, Imam Malik menjawab: Jangan engkau lakukan itu, karana para sahabat Rasulullah SAW saja berselisih pendapat dalam masalah furu’ (cabang), apatah lagi pada masa kini. Umat Islam hari ini bukan sahaja menghadapi serangan yang berbentuk fizikal, tetapi yang amat membimbangkan lagi ialah pertembungan yang bersifat perdebatan. Sehingga apa yang telah dinyatakan oleh nabi S.A.W bahawa perselisihan dikalangan umatku adalah satu rahmat yang kadang-kadang berlaku sebaliknya iaitu menjadi perpecahan. Ini bukan sahaja akan membinasakan kefahaman umat Islam terhadap agamanya sendiri, malah pemikiran dan ibadah fizikal mereka juga turut menjadi sasaran. Daripada catatan sejarah tersebut kita boleh mengambil pengajaran tentang masalah khilafiyah. Namun,ada baiknya kalau kita mengetahui apa itu khilafiyah. Umumnya khilafiyah dalam bahasa bermaksud perbezaan pendapat, pandangan atau sikap. Masalah khilafiyah adalah masalah yang hukumnya tidak disepakati para ulama. Sebenarnya perbezaan pendapat di antara kalangan umat Islam bukan hanya terdapat dalam masalah fiqih saja, tetapi juga melingkupi dalam pelbagai skop, seperti siyasah (politik), dakwah, dan sebagainya. Perbezaan pendapat yang terjadi di kalangan umat Islam yang kita dapat lihat kadang-kadang hanya pada hal yang kecil sahaja, bahkan ia terjadi hanya pada penggunaan istilah. Tapi pada kebiasaannya pula pada perbezaannya yang luas, iaitu dalam hal halal dan haram. Khilafiyah atau ikhtilaf (perbezaaan pendapat) dalam perkara apa saja adalah termasuk dalam masalah- masalah pandangan agama adalah sangat wajar. Sesuatu yang mustahil dan akan menjadi suatu keajaiban apabila seluruh umat Islam di dunia ini dapat bersatu dalam satu pendapat, pandangan, mazhab, dan sikap dalam masalah usul , furu’ , dan S MAKNA KHILAFIYAH Siti Noridayu Bt Mohd Razali (1131777) Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama Tahun 3.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=