MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 3 | 2015

37 gelap. Subhanallah. 3 September 2015, J am 8.30 pagi kami bergerak ke Sekolah Sultan Dsomimba, melakukan aktiviti bersama warga sekolah dan mengecat. Selepas itu kami menuju ke Dewan Sultan Dsomimba Central High School, sambutan kehadiran kami, disajikan dengan tarian kebudayaan masyarakat Marawi bersama kipas emas mereka dan pel- bagai persembahan yang menarik hati kami. Kemudian, hari seterusnya 4 September 2015, kami menziarahi saudara di bumi Marawi sebentar sebe- lum menuju ke Mindanou State University. Di sana kami mem- buat lawatan ke Fakulti Pengajian Islam melihat bu- daya dan sebagainya. Selesai lawatan, kami bergerak ke Maahad tahfiz Marohom ‘Amdi bagi menyerahkan Al- Quran sumbangan. Di sana, kami dijamu dengan makanan yang mengundang perut berkeroncong semakin bergen- dang hebat. Petang tersebut kami mengadakan dialog dan mengagihkan sejadah serta al- quran buat masyarakat yang hadir. 5 September 2015, kami mengadakan pertand- ingan Hafazan, azan, dan berbagai lagi di Dewan Sultan Dsomimba Central High School. Selesai semua aktiviti, kami pergi ke pusat membeli belah yang mana perjalan- annya memakan masa selama 2 jam dengan menaiki lori! Kami pulang ke tempat penginapan kami langit sudah berubah gelap, lantaran kepe- natan, seorang sahabat kami telah jatuh pengsan dan di sini ada peristiwa kelakar yang mana ada antara masyarakat di sana yang masih mem- percayai hal karut marut, berkaitan jin dan syaitan. Setelah keadaan reda kami memenuhi jemputan dari Pengetua Dsomimba Central High School dan sebuah lagi rumah. Hari itu kami tertidur kepenatan. 6 September 2015, Nusa Island, kami datang! Kami menaiki bot untuk sam- pai ke Nusa Island, tanpa jaket keselamatan! Subhanallah Pulau itu terlalu cantik, kami dibawa melawat ke perkam- pungan di dalam pulau terse- but. Selesai menghayati keindahan Nusa Island, kami diajak untuk berkelah di bawah sinaran mentari yang memancar di atas rumput nan hijau yang luas terbentang dalam kawasan Mindanou State University kami dijamu spaghetti dan banyak lagi. Lazat! Alhamdulillah. Malam itu, kami bersama bersengkang mata, menyiapkan persiapan kenduri. Tanpa mengindahkan kantuk, kami berjaga dari malam hingga ke pagi, ada yang mengupas bawang berki- lo-kilo hanya menggunakan tangan mereka, memotong daging lembu, Oh kami ada cerita indah tentang sup masin dan lembu. Tetapi ini sekali lagi biarlah menjadi rahsia kami. 7 September 2015, Alhamdulillah selesai juga kenduri, walau terlalu banyak cerita di sebalik satu majlis besar, biarlah, inikan kehidupan. Pada 7.15 malam kami sampai di sebuah restoran bagi memenuhi undangan Dato’ Bandar , dan setelah itu sebuah lagi rumah dan kami dihidang dengan makanan yang penuh diatas meja, namun apakan daya kami telah kepenatan dan kekenyangan. Walaubagaimanapun, kami berusaha dan memaksa diri

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=