MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 3 | 2015

36 MODAS AKO MARAWI! Dari awal lagi, Dr Nashief, ser- ing mengingatkan kepada se- tiap ahli Tad 3 yang berjumpa dengannya ‘Kampung saya tak cantik, jangan letak harapan tinggi-tinggi’ lalu di setiap per- jumpaan berkali-kali juga pelaksana mengingatkan hal yang sama. Acapkali juga di- ingatkan agar niat diluruskan kembali, banyakkan berdoa. Yeah, you know how expecta- tion leads to disappointment, kan? Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, saya bukanlah pihak yang layak untuk ber- cerita sepenuhnya, tetapi nah, saya cuba berkongsi pengala- man kami semua, oh tetapi tak semua memori untuk dikongsi, ada banyak yang hanya men- jadi simpanan kami. Akhirnya waktu yang dinanti tiba 31/8/2015 5 orang antara kami berkampung di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) bersama lambakan beg dengan perasaan yang pel- bagai, teruja, takut, risau, gembira , semuanya menjadi satu. 1 September 2015, ketibaan semua ahli bersama plastik makanan serta barang yang lain begitu mengujakan. Selesai ‘check- in’ pada jam 10 pagi bermula perjalanan meredah awan menuju ke Ce- bu, sekali lagi kami berkam- pung di pagi pada 2 september 2015, kami sampai di Lapan- gan Terbang Cagayan se- terusnya menanti kedatangan kereta yang akan membawa kami ke Bumi Marawi. Apa yang menarik dengan jalan raya Marawi? Jalannya tiada pembahagian, tiada lampu is- yarat, dan kereta dipandu teramat laju, kerana kepenatan kebanyakan dari kami tertidur. Jam 8. 23 pagi kereta diberhen- tikan , kami andaikan telah sampai ke penginapan tetapi rupanya hanya berhenti untuk mengambil gambar! Ya ber- gambar dengan muka bangun tidur. Pada jam 10.35 pagi kami sampai di Kampung Lumbaka Inged, Marawi. Per- tama kali masuk ke dalam ru- mah itu, kami terpegun melihat keindahan seni di dinding dan syiling rumah tersebut, sehing- ga kini memori rumah tersebut menari-nari dalam fikiran, Oh hal ini biarlah hanya menjadi rahsia kami. Di sana, kami disambut dengan penuh meriah dari sebesar-besar beg sehing- ga ke sekecil kecil beg semuanya diangkat oleh mereka. Terkejut! Kemudian kami dihidang dengan makanan penghuni! Marawi dan minuman asas warga Marawi adalah air Coke. Selepas itu kami disuruh bere- hat, hanya beberapa dari kami (syahida, syarmimi dan sazwani) mengikut Aunty Na- bilah ke pekan membeli barang keperluan untuk seminggu. Malam terlalu awal jam 5 petang langit sudah berubah Tinta perkongsian oleh : Nadiah Hazirah Binti Ariffin, Pelajar Tahun Akhir, Pengajian Akidah Dan Agama, Universiti Sains Islam Malaysia.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=