MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 3 | 2015

35 Di perkarangan Ewha Womens University, Korea Di Prince Sultan Islamic School Bersama seorang pendakwah bebas Korea waktu malam hujung minggu khususnya. Ramai yang me- mandang pelik ke atas diri kami. Mungkin, kerana kami bertudung. Hingga ada yang bertanya, kenapa ber- tudung sambil menunjukkan isyarat ke arah tudung kami. Kami menjawab dengan penuh hikmah sambil tersenyum saja. Apa yang kami lakukan adalah ‘dakwah bil hal’ . Seringkali pensyarah kami, Dr. Najib berpesan agar kami menun- jukan Islam pada mereka yang bukan Islam. Tambahan pula, lawa- tan ini dipilih kerana ingin melihat pembangunan yang terdapat di negara itu di samping melihat budaya masyarakat Korea itu sendiri dengan lebih dekat. Kami berkesempatan menje- jakkan kaki ke Namsan Tower. Dari atasnya, kami dapat melihat hampir kese- luruhan Bandar Korea Se- latan. Pembangunan mereka amat pesat dan maju. Kami juga sempat melawat Istana Gyeongbokgung, Dataran Gwanghwamun dan melawat Muzium King Sejong serta Perkampungan Namsangol Hanok dan Nami Island serta Everland. Kesimpulannya, objektif utama yang kami rencanakan telah pun selesai dilaksana. Harapan besar kami khususnya kepada mahasiswa Program Pengajian Akidah dan Agama untuk terus laju dan maju dalam bidang yang dipelajari ini untuk dimanfaatkan kepada ummah, bukan hanya terbatas di dalam negara sahaja, malah merentas benua dan adat resam.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=