MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 3 | 2015
34 Aktiviti PERWADAH... Seramai 23 orang mahasiswa tahun akhir Program Pengajian Akidah dan Agama, telah ber- jaya melaksanakan Lawatan Antarabangsa di bumi Seoul, Korea selama 5 hari 4 malam pada 17-21 Oktober 2015. Lawatan ini telah diketuai oleh saudara Muhammad Ramzi Bin Zolkiply, diiringi pen- syarah kanan Program Pengajian Akidah dan Agama, Universiti Sains Islam Malay- sia (USIM), Dr. Najib Sheikh Abdi Samad yang berasal dari Somalia. Lawatan Antarabangsa ini memilih Negara Korea Se- latan sebagai lokasi lawatan adalah kerana ingin membina hubungan baik antara maha- siswa Program Pengajian Akidah dan Agama dengan mahasiswa/wi di Korea Selatan. Kami berkesempatan menjejakkan kaki ke Ewha Woman Universiti yang memiliki seramai 25 ribu orang mahasiswi dan memiliki 1000 fakulti di dalamnya. Kami diberi pendedahan dan pengenalan ringkas berkenaan universiti tersebut. Kami mem- perkenalkan USIM sambil mengedarkan risalah USIM ALAMIYYAH dan button badge Lawatan Antarabangsa kepada segelintir mahasiswi yang berada di ruang legar uni- versiti tersebut. Reaksi positif mereka membuatkan kami be- rasa puas hati. Selain itu, objektif lawa- tan antarabangsa kali ini adalah untuk membina dan mening- katkan kemahiran insaniah yang ada dalam diri mahasiswa/wi dengan menga- dakan beberapa aktiviti di sana. Kami melakukan aktivti santai bersama anak-anak di Prince Sultan Islamic School, yang terletak di Bandar Itaewon, bersebelahan dengan masjid. Bandar tersebut merupakan bandar yang didiami oleh majoriti Muslim Korea. Penduduk di negara Korea masih minoriti yang beragama Islam. Antara pengisian yang diberi adalah memperkenalkan diri masing-masing, menyanyi bersama dan memperkenalkan lagu USIM dan membaca doa beramai-ramai. Di samping itu, kami meluangkan masa untuk mengadakan sesi soal jawab berkenaan perihal agama Islam kepada mereka. Anak-anak di situ semuanya fasih berbahasa Inggeris. Mereka sangat aktif dalam menjawab soalan-soalan yang kami beri. Menurut seorang ustaz yang bekerja sebagai pen- dakwah bebas di Korea, beliau memberitahu bahawa Korea masih kekurangan bahan-bahan rujukan agama Islam yang ber- bahasa Korea. Mereka perlu mendapatkan bahan yang telah diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris, kemudian perlu diter- jemah ke dalam Bahasa Korea pula. Negara itu kebanyakann- ya adalah ‘ free thinker ’. Hedonisme merupakan keutamaan bagi mereka teruta- ma golongan muda. Kami melihat sendiri bagaimana anak-anak muda berkumpul bersama untuk menonton hi- buran seperti nyanyian dan tarian di tepi-tepi jalan pada Tinta perkongsian : Noor Syazana Binti Abd Hamid, Pelajar Tahun Akhir, Program Pengajian Akidah Dan KEMBARA SYAHADAH BERBEZA RESAM DI BUMI KOREA(LA) KOLUM
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=