MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 3 | 2015
32 SELAMAT BEREHAT WAHAI SAHABAT Tanggal 28 Ogos 2016, kami dikejutkan dengan satu berita tergempar! Berita mengenai kematian ahli keluarga seperjuangan kami dan merupakan sahabat di dalam bidang Pengajian Akidah Dan Agama, Universiti Sains Islam Malaysia. Muhamad Saiful Azim Bin Hairuddin. Saiful Azim “Pedang yang mulia”, itulah makna bagi nama tersebut. Beliau dikenali sebagai seorang yang sangat tegas dalam urusan agama. Namun, beliau sangat santai dalam urusan yang pel- bagai. Suaranya tenang bersahaja namun lantang menyampaikan amanah kebenaran dan mesej Islam. Saat di dalam kuliah, bilamana ada saja waktu terluang atau waktu menunggu ketibaan pensyarah, pasti ada saja tazkirah daripadanya, buat kami, yang sering alpa dan lupa. Beberapa minggu sebelum tarikh wafatnya itu, Saiful Azim telah mengalami kemalangan yang agak teruk dan parah. Kemalangan itu terjadi saat dirinya dalam perjalanan ingin memberi kuliah Maghrib. Beliau diuji dengan sakit sementara waktu. Beliau mengalami patah bahu dan tulang rusuknya. Para sa- habat ada yang datang menziarahinya. Tanda prihatin dan peduli akan saudaranya itu. Kami yang jauh, terus mengirimkan doa. Semoga beliau diberi kesembuhan. Pensyarah dan wakil daripada USIM sendiri turut hadir menziarahi arwah Saiful Azim selepas kemalangan itu berlaku. Hari demi hari, beliau semakin pulih. Sudah boleh bergerak ke sana sini. Cuma belum sembuh se- penuhnya saja. Pagi yang hening, 28 Ogos 2016, tidak ada seorang pun yang tahu termasuklah dirinya sendiri, rupanya, itulah subuh terakhirnya. Usai solat Subuh, beliau rebah. Jatuh daripada kerusinya. Saat itu ju- ga, nafasnya sudah sampai ke nafas yang terakhir. Kematian telah menjemputnya. Beliau terus dibawa ke Hospital Temerloh untuk disiasat dan diuruskan jenazahnya. Suasana terasa sebak dan sayu di Kam- pung Awah, Chenor, Pahang saat menanti kepulangan sekujur tubuh mulia dari Hospital Temerloh. Kepulangan yang dinanti oleh seorang nenek yang rapat dengan beliau di pintu masuk masjid menggam- barkan kebaikan yang telah dilakukannya terhadap insan sekelilingnya. Hari itu menyaksikan, betapa ramai sahabat-sahabatnya yang datang mengusung jenazahnya, yang datang ingin melihat wajahnya buat kali terakhir dan yang ingin mendoakan kebaikan untuknya. Beliau sangat dikenali di lapangan dakwah. Dakwahnya meliputi di dalam dan di luar universiti, terma- suklah di kampungnya sendiri. Beliau merupakan produk kadet tarbiah semenjak alam remajanya. Be- liau sentiasa ceria dan ringan tulang. Beliau sentiasa istiqamah dalam melaksanakan kerja-kerja Islam tanpa mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba Allah, anak, abang, adik, pelajar, sahabat Biodata ringkasnya :- Nama : Muhamad Saiful Azim Bin Hairuddin Alamat : No 18, Block J Felda Kampung Awah, 28030, Temerloh, Pahang Tarikh Lahir : 20.5.1993 Sekolah : SKRKTP (Darjah 1-6), Sekolah Agama Menegah Chenor (Tingkatan 1-5) Nukilan istimewa daripada wakil Gen4 Akidah USIM
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=