MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 3 | 2015

27  Menjadikan al-Quran dan Sunnah S.A.W Sebagai Panduan. Al-Quran dan as-Sunnah S.A.W merupakan pegangan dan panduan utama umat Islam di dalam semua perkara. Intipati daripada al-Quran dan as-Sunnah S.A.W inilah dijadikan kayu pengukur kepada sesuatu kebenaran ataupun ke- batilan di dalam menghadapi perbezaan pendapat. Para ulama pula berperanan dalam menjelaskan maksud serta bertanggungjawab memberikan kefahaman daripada dalil-dalil al-Quran dan Sunnah S.A.W. kepada masyarakat Islam. Firman Allah Taala yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah Taala dan taatlah kamu kepada Rasulullah S.A.W dan kepada ulil amri daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantahan (berselisihan) di dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah Taala (al-Quran) dan ( Sunnah ) rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah Taala dan Hari Akhirat. Demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” (Surah anNisa:Ayat 59).  Ikhlas Perbicaraan persoalan ikhlas ini sudah pastilah berkait rapat dengan perba- hasan niat di dalam hati. Imam Nawawi meletakkan persoalan dan penjelasan niat (hadis riwayat Bukhari dan Muslim) pada permulaan bab kitabnya “ al- Arbain al-Nawawiyah ” yang menunjukkan betapa pentingnya niat di sisi Is- lam. Rasulullah S.A.W. juga telah mengingatkan kita betapa pentingnya men- jaga hati beserta niat apabila kita terlibat secara langsung di dalam perbahasan khilaf ini. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Barangsiapa yang mencari ilmu untuk menandingi ulama atau men- galahkan orang-orang yang jahil atau untuk mendapatkan perhatian daripada manusia, maka orang itu akan dimasukkan oleh Allah Taala ke dalam api ne- raka” . (Riwayat Tarmizi).  Tawadhuk Tawadhuk di dalam topik ini bermaksud menyerah diri kepada kebenaran dan meninggalkan perbalahan yang tidak berkesudahan tentang sesuatu hukum-hakam itu. Setiap manusia perlu merasa rendah diri kerana sedar akan hakikat kelemahan dan kekurangan hamba yang tidak layak sama sekali bersi- fat angkuh dan bongkak. Sifat ini hanyalah layak bagi Allah Taala sahaja. Adapun tawadhuk ini adalah lawan bagi sifat takabbur. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: “Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya setitik zarah takabbur” . (Riwayat Muslim dan Tarmizi). Semua adab-adab ada- lah untuk mencantikkan segala amalan yang ingin dilakukan oleh manusia. Se- tiap amalan akan lebih ber- makna sekiranya dihiasi dengan adab-adab yang baik. Dalam kitab al- Majmuk Syarah Muhazzab , Imam Shafie ada menya- takan: “ sesiapa yang ingin dibukakan pintu hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwat, sedikit makan, menjauhi daripada orang yang bodoh, dan benci kepada orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan orang yang berilmu ”. Memandangkan betapa pentingnya akhlak dan adab di dalam Islam, beberapa adab-adab yang perlu ada di kalangan umat Islam pada hari ini bagi menghadapi isu -isu khilaf. Jika kita dapat menjaga adab-adab ini, insyaAllah segala isu khilaf ini dapat ditangani dengan baik dan harmoni. Berikut di antara adab-adab berbeza pendapat: Adab-adab menghadapi khilaf:  Menjadikan al-Quran dan Sunnah S.A.W Sebagai Panduan. Al-Quran dan as-Sunnah S.A.W merupakan pegangan dan panduan utama umat Islam di dalam semua perkara. Intipati daripada al-Quran dan as-Sunnah S.A.W inilah dijadikan kayu pengukur kepada sesuatu kebenaran ataupun kebatilan di dalam menghadapi perbezaan pendapat. Para ulama pula berperanan dalam menjelaskan maksud serta bertanggungjawab memberikan kefahaman daripada dalil-dalil al-Quran dan Sunnah S.A.W. kepada masyarakat Islam. Firman Allah Taala yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah Taala dan taatlah kamu kepada Rasulullah S.A.Wdan kepada ulil amri daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantahan (berselisihan) di dalam sesua- tu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah Taala (al-Quran) dan ( Sunnah ) rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah Taala dan Hari Akhirat. Demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula k sudahannya.” (Surah anNisa:Ayat 59).  Ikhlas Perbicaraan persoalan ikhlas ini sudah pastilah berkait rapat dengan perbahasan niat di dalam hati. Imam Nawawi meletakkan persoalan dan penjelasan niat (hadis riwayat Bukhari dan Muslim) pada permulaan bab kitabnya “ al-Arbain al-Nawawiyah ” yang menunjukkan betapa pentingnya niat di sisi Islam. Rasulullah S.A.W. juga telah mengingatkan kita betapa pentingnya menjaga hati beserta niat apabila kita terlibat secara langsung di dalam perbahasan khilaf ini. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Barangsiapa yang mencari ilmu untuk menandingi ulama atau mengalahkan orang-orang yang jahil atau untuk mendapatkan perhatian daripada manusia, maka orang itu akan dimasukkan oleh Allah Taala ke dalam api neraka” . (Riwayat Tarmizi). Tawadhuk di dalam topik ini bermaksud menyerah diri kepada kebenaran dan meninggalkan perbalahan yang tidak berkesudahan tentang sesuatu hukum- hakam itu. Setiap manusia perlu merasa rendah diri kerana sedar akan hakikat kelemahan dan kekurangan hamba yang tidak layak sa a sekali bersifat angkuh dan bongkak. Sifat ini hanyalah layak bagi Allah Taala sahaja. Adapun tawadhuk ini adalah lawan bagi sifat takabbur. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: “Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya setitik zarah takabbur” . (Riwayat Muslim dan Tarmizi). Adab-adab menghadapi khilaf:

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=