MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 3 | 2015
26 Ditulis oleh : Nurul Huda bt Abdullah Pelajar tahun 3, Pengajian Akidah Dan Agama USIM. KOLUMmahasiswa Islam adalah agama yang amat mengambil berat dalam bab-bab akhlak dan adab. Ia adalah bagi menjamin keba- hagiaan dan keharmonian hidup di dunia dan di akhirat. Adab-adab yang diajar oleh Islam merangkumi segala aspek sama ada pada perkara kecil atau perkara besar. Rasulullah S.A.W diutuskan bagi menyempurnakan akhlak yang baik lagi terpuji kepada manusia dan seluruh alam. Seperti mana Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: “Sesungguhnya aku diutus- kan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak (manusia)” . [Riwayat Baihaqi] Tetapi apa yang berlaku pada masa kini, sebilangan umat Islam tidak mengambil berat adab-adab yang terdapat di dalam Islam sehingga berlakunya perbalahan yang merugikan umat Islam. Bahkan ada sebilangan umat Islam yang sengaja menolak dan tidak mahu mengambil manfaat daripadanya sedangkan mereka ini daripada kalangan cerdik pandai. Apa yang menyedihkan lagi, mere- ka juga melarang orang lain daripada melakukan dan beramal dengan adab-adab Islam sedangkan mereka mengetahui kelebihan dan kebaikannya. Sebilangan umat Islam pada masa kini sibuk dengan isu-isu khilafiyah , sedangkan pelbagai lagi persoalan yang lebih besar yang harus diutamakan. Beberapa perkara yang menyebabkan berlakunya khilaf di kalangan para ulama. Menurut Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di dalam kertas kerjanya yang bertajuk “Perbezaan Pen- dapat Di Kalangan Mazhab” ada menyebut beberapa sebab berlakunya khilafiyah . Islam amat menyeru umatnya supaya mengamalkan adab-adab yang telah dijelas- kan dan diterangkan dalam al- Quran dan hadis Raulullah S.A.W. Adab-adab tersebut bagi memastikan kehidupan manusia berada di dalam keadaan aman dan harmoni. Antaranya: 1.Perbezaan fahaman dan cara berfikir dalam menghasilkan ilmu. 2.Perbezaan dalam pen- guasaan ilmu. 3.Perbezaan dalam pen- guasaan ilmu bahasa arab. 4.Khilaf dalam masalah berhujah dengan sumber- sumber fiqh. 5.Khilaf pada kaedah-kaedah usuliyyah . 6.Khilaf tentang qiraat dalam al-Quran. 7.Khilaf dengan sebab bertentangan dalil-dalil. Sebab-sebab berlaku Khilafiyah: Adab - adab dalam berkhilaf
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=