MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 3 | 2015
24 Khilaf merupakan perkataan dari bahasa arab yang bermak- sud keliru atau salah. Dalam Islam kebiasaanya khilaf mem- bawa maksud pertentangan atau berlawanan. Selain itu, istilah yang lebih khusus iaitu ‘ikhtilaf’ yang bermaksud tidak sependapat tentang sesuatu perkara. Persoalanya, kenapa dan bagaimana terjadinya khilaf dalam kalangan umat Islam dalam masalah tertentu? Khilaf merupakan perbezaan pendapat tentang isu tertentu dalam masalah berkaitan hukum agama dalam kalangan para ulama terdahulu samada dari segi ilmu usuluddin, fiqh, tasawwuf dan sebagainya. Berlakunya khilaf selepas zaman kewafatan nabi Muham- mad SAW kerana pada ketika itu, umat Islam tidak mempu- nyai masalah dalam memahami hukum-hakam dan perkara yang berkaitan dengan agama dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini kerana jika terdapat kekeliruan dalam kalangan sahabat yang hidup pada zaman Rasulullah SAW, mereka terus bertanya kepada nabi Muhammad SAW tentang permasalahan yang mereka hadapi. Selain itu, penguasaan mereka yang sangat mantap dalam memahami bahasa arab menyebabkan mereka mudah memahami apa yang disam- paikan oleh nabi dengan jelas. Namun, selepas kewafatan nabi Muhammad SAW, umat Islam mula berse- lisih pendapat dan berperang sesama sendiri sehingga ada golongan yang murtad dari agama mereka terus bertanya kepada nabi Muhammad SAW tentang permasalahan yang mereka hadapi. Selain itu, penguasaan mereka yang sangat mantap dalam memahami bahasa arab menyebabkan mereka mudah memahami apa yang disam- paikan oleh nabi dengan jelas. Namun, selepas kewafatan nabi Muhammad SAW, umat Islam mula berse- lisih pendapat dan berperang sesama sendiri sehingga ada golongan yang murtad dari agama . Bagaimanapun, setiap khilaf dan perpecahan yang berlaku pasti ada punca yang mendorongnya. Antara punca terjadinya perpecahan dalam kalangan umat Islam adalah kerana faktor (siasah) politik, khilaf pada pentafsiran ayat mutasyabihat, perbezaan tahap penguasaan bahasa arab dan ayat al-Quran serta perbezaan tahap penggunaan akal dalam menghasilkan sesuatu ilmu, pengaruh perkem- bangan pemikiran falsafah Yunani dan lain-lain. Namun, harus diingat tidak semua perkara khilaf itu harus ditolak atau diterima, ini kerana khilaf ada beberapa peringkat yang harus kita fahami iaitu khilaf yang diterima dan khilaf yang tidak boleh diterima. Bilamana isu khilaf yang melibatkan perkara usulliyyah, maka kita tidak boleh menerima pendapat ini kerana perkara usul merupakan perkara yang asas dan tidak boleh berubah seperti rukun iman, rukun Islam dan sifat- sifat Allah. Tetapi apabila ia melibatkan perkara fiqhiyyah dan furu’, maka kita seharusnya menghormati pandangan alim ulama yang terdahulu dan Syarifah Nabila Nusra Bt Syed Adnan Pelajar tahun 3, Pengajian Akidah Dan Agama USIM. Khilafiyah… KOLUMmahasiswa
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=