MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 3 | 2015
23 bumi Allah S.W.T. Sekiranya perbezaan pendapat dan limpahan kreativiti ini terlalu ‘tepu’ sehingga menimbulkan perbalahan dan suasana yang negatif, umat Islam sewajarnya dengan segera kembali kepada anjuran bertoleransi seperti yang telah diajarkan oleh Islam. Sikap ini turut berkaitan dengan kaedah fiqh yang berbunyi اﻟﺨﺮوج ﻣﻦ اﻟﺨﻼف ﻣﺴﺘﺤﺐ yang bermaksud keluar daripada perselisihan adalah suatu perkara yang sangat disukai. Firman Allah S.W.T. dalam Surah al- Anfāl 8: ayat 46: “Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul- Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.” Sebagai penutup, dicadangkan di sini beberapa bahan bacaan yang baik untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan kita semua berkenaan persoalan khilafiyah dalam Islam. Bahan bacaan ini telah ditulis oleh para cendekiawan Islam r.h.m merentasi zaman dan tempat. Bahan rujukan ini adalah seperti berikut: 1.Maqālāt al-Islāmiyyīn Wa Ikhtilāf al-Mușallīn oleh Imam Abū al-Ḥasan al-Ash c arī (260- 324H). 2.Al-Farq Bayna al-Firaq oleh Imam c Abd al-Qāhir ibn Ṭāhir al- Baghdādī (m. 429H). 3.Fayșal al-Tafriqah Bayna al- IslāmWa al-Zandaqah oleh Imam al-Ghazālī (450-505H). 4.Al-Milal Wa al-Nidžal oleh Imam Muḥammad ibn c Abd al- Karīm al-Shahrastānī (m. 548H). 5.Raf c u al-Malām c An A’immah al -A c lām oleh Imam Ibn Taimiyyah (661-728H). 6.Radžmah al-Ummah Bi Ikhtilāf al-A’immah oleh Imam Muḥammad ibn c Abd al-Raḥmān al-Dimashqī (ulama kurun kelapan Hijrah). 7.Al-Mīzān al-Kubrā oleh Imam c Abd al-Wahhāb al-Sha c rānī (898 -973H). 8.Tārīkh al-Madhāhib al- Islāmiyyah oleh Sheikh Muḥammad Abū Zahrah (1898- 1974). 9.Al-Șadžwah al-Islāmiyyah Bayna al-Ikhtilāf al-Mashrū c Wa al-Tafarruq al-Madhmūm oleh Sheikh Yūsuf al-Qarḍāwī (lahir 1926). 10.Adab al-Ikhtilāf Fī al-Islām oleh Sheikh Tahā Jābir al- c Alwānī (1935-2016). 11.Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua di Tanah Melayu oleh Ustaz Wan Mohd Saghir Abdullah (1945-2007). 12.Mafāhim Yajibu An Tușadždžadž oleh Sheikh Sayyid Muḥammad c Alawī al-Makkī al-Mālikī (1946-2004). 13.Adab al-Ikhtilāf Fī Masā’il al- c Ilm Wa al-Dīn oleh Sheikh Muḥammad c Awwāmah. 14.Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama: Inilah Jawapannya oleh Ustaz Muhadir Joll. Bahan rujukan yang baik ini boleh dijadikan panduan oleh semua Muslim terutamanya para pelajar Pengajian Islam. Para pembaca bukan sahaja dapat memperkayakan pengetahuan berkenaan persoalan khilafiyah dalam Islam, malahmengukuhkan penghayatan berkenaan kekayaan intelektualisme dalam kalangan cendekiawan Muslim sepanjang zaman.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=