MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 3 | 2015

22 pihak yang berbeza pandangan ini boleh juga berdialog dan berbincang secara ilmiah mengenai pandangan masing- masing, Cuma perlulah dilakukan dalam suasana yang penuh ilmiah, objektif dan harmoni. Dalam hal ini, Imam Qatādah r.h.m (61-118H) pernah berkata: ﻣﻦ ﻟﻢ ﯾﻌﺮف اﻻﺧﺘﻼف ﻟﻢ ﯾﺸﻢ أﻧﻔﮫ اﻟﻔﻘﮫ، yang bermaksud: Barang siapa yang tidak mengetahui perkara khilafiyyah, maka hidungnya masih belum lagi mencium (ilmu) fiqh. Akhir sekali, sewajarnya kita semua sentiasa bersikap positif dalam menanggapi kepelbagaian dan perbezaan pendapat selagi mana kepelbagaian dan perbezaan pendapat ini masih lagi di bawah panduan syariat Islam. Sikap anti-perbezaan pendapat dan menyekat kebebasan berkreatif dalam ruangan mujtahad fīh ini sebenarnya adalah anti- intelektualisme dan hanya akan menyekat umat daripada terus maju dalam memakmurkan berkenaan satu-satu perkara dengan lebih tepat dan mendalam. Ini selari dengan definisi ilmu seperti yang telah diberikan oleh al-Jurjānī (400- 471H) dan Ibn Manzūr (630- 711H) iaitu mengenal sesuatu dengan hakikatnya yang sebenar )ﻣﻌﺮﻓﺔ اﻟﺸﻲء ﺑﺤﻘﯿﻘﺘﮫ ( . Dalam sejarah tamadun manusia, banyak perselisihan dan perbalahan yang berpunca daripada kejahilan atau hanya kerana mendengar khabar angin berkenaan satu-satu perkara. Firman Allah S.W.T dalam Surah Ḥujurāt 49: ayat 6 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” Benarlah apa yang dikatakan oleh Imam al- Ghazali: اﻟﻨﺎس أﻋﺪاء ﻣﺎ ﺟﮭﻠﻮا yang bermaksud: manusia itu adalah musuh kepada perkara yang tidak diketahuinya. Wal c iyāzubillāhi Min Dhālik. 2.Sikap berlapang dada, terbuka atau tasāmuḥ di sini pula bermaksud seseorang Muslim itu sewajibnya menjadi seorang yang berfikiran terbuka untuk menerima pandangan dan kedudukan yang berbeza oleh pihak yang lain dalam persoalan khilafiyah . Semua pihak tidak boleh saling mengecam, mengkafirkan, membid’ahkan malah mensyirikkan antara satu dengan yang lain dalam perkara khilafiyyah. Namun begitu, ini tidaklah bermaksud kesemua pihak mesti mengambil sikap yang absolut neutral dalam berhadapan dengan persoalan khilafiyyah. Hakikatnya, semua Muslim bebas untuk mempunyai idea yang berbeza dan menyuarakan pandangan masing-masing selagi tertakluk dalam syariat Islam. Oleh itu, semua Muslim bebas untuk mengamalkan amalan mazhab, madrasah dan tarekat masing-masing tanpa perlu mengecam dan menghina pihak yang berbeza daripadanya. Malah, semua

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=