MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 3 | 2015

21 diturunkan.” Kemudian, Baginda berkata kepadaku: “Bacalah.” Maka aku membaca. Baginda S.A.W bersabda: “Begitulah surah ini diturunkan. Sesungguhnya Al- Quran diturunkan dengan tujuh huruf, maka bacalah oleh kamu mana yang mudah bagi kamu.” Hasil daripada penelitian kepada dua contoh tadi, terdapat dua sikap penting yang boleh diekstrak dan dijadikan panduan dalam mendepani sebarang persoalan khilafiyah dalam Islam. Dua prinsip ini adalah sikap taḥqīq (atau tabayyun ) dan sikap berlapang dada. 1.Sikap taḥqīq (atau tabayyun ) bermaksud setiap Muslim sewajibnya mempunyai ilmu yang mencukupi sebelum menunjukkan sebarang respon berkenaan satu-satu perkaraMenjadi responsif tidak semestinya perlu dilakukan dalam keadaan tergopoh- gapah, berkasar dan ‘tunjuk pandai’. Menjadi responsif boleh juga dilakukan dalam bentuk dialog yang inkuisitif, positif dan penuh adab. Dialog yang dimaksudkan ini bertujuan mencari hakikat pihak pun.” Begitu juga contoh kedua dalam kisah Sayidina Umar R.A. dan penurunan al-Quran dalam tujuh huruf. Kisah ini telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari seperti berikut: “Dari Abdul Rahman bin Abdul Qari bahawa dia berkata, aku mendengar Umar bin Al-Khattab R.A. berkata, aku mendengar Hisham ibn Hakim ibn Hizam membaca surah Al-Furqan dengan cara yang berbeza dari yang aku baca sebagaimana Rasulullah S.A.W membacakannya kepadaku dan hampir saja aku mahu bertindak terhadapnya. Namun aku biarkan sejenak hingga dia selesai membaca. Setelah itu aku ikat dia dengan kainku lalu aku bawakannya menghadap Rasulullah S.A.W dan aku katakan: “Aku mendengar dia membaca Al- Quran tidak sama dengan aku sebagaimana engkau membacakannya kepadaku.” Maka Baginda berkata kepadaku: “Bawalah dia ke mari.” Kemudian Baginda berkata kepadanya: “Bacalah.” Maka dia membaca. Baginda S.A.W kemudian bersabda: “Begitulah surah ini yang Terdapat banyak contoh yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W dan para Salaf al-Soleh r.h.m berkenaan kaedah mendepani persoalan khilafiyah dalam Islam. Ini semua dapat dipelajari melalui pemahaman dan penghayatan yang mendalam melalui kajian ke atas Sirah Nabi S.A.W, sejarah para Sahabat R.A. dan manāqib para Salaf al-Soleh r.h.m. Contohnya dalam kisah di sebalik arahan Nabi S.A.W kepada beberapa sahabat R.A. dalam hadis riwayat al-Bukhari seperti berikut: Dari Ibnu Umar R.A., ia berkata; Nabi S.A.W bersabda ketika perang al- Aḥzāb: “Janganlah seseorang melaksanakan solat Asar kecuali di perkampungan Bani Quraizah.” Setelah berangkat, sebahagian dari pasukan melaksanakan solat Asar dalam perjalanan sementara sebahagian yang lain berkata; “Kami tidak akan solat kecuali setelah sampai di perkampungan itu.” Sebahagian yang lain beralasan; “Justeru kita harus solat, kerana maksud beliau bukan seperti itu.” Setelah kejadian ini diberitahukan kepada Nabi S.A.W, Baginda tidak menyalahkan mana-mana

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=