MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 3 | 2015

14 keduanya; kadang kala terjadi antara Imam al-Shafi’i dan Imam Abu Hanifah, sedangkan Imam Malik mendukung pandangan salah satu daripada keduanya. Di dalam diskusi-diskusi inilah muncul keterangan atas dali-dalil dan dasar sumber imam-imam tersebut, tentang titik-titik pusat perbezaan pendapat serta posisi-posisi ijtihad mereka. Ilmu inilah yang disebut dengan khilafiyyah, iaitu ilmu mengenai persoalan-persoalan yang kontroversial. Orang yang memilikinya harus mengetahui kaedah-kaedah yang dipergunakan sebagai alat untuk sampai kepada penyimpulan hukum, sebagaimana seorang mujtahid memerlukannya. Hanya saja, mujtahid memerlukannya untuk menyimpul hukum agama, sedangkan orang yang berbeza pendapat perlu memilikinya untuk menjaga supaya masalah yang telah disimpulkan itu tidak dipecahkan oleh pembicaraan pihak yang menentang. Sungguh, khilafiyyah itu adalah sebuah ilmu yang mulia dan amat bermanfaat untuk mengetahui sumber pengambilan para Imam serta dalil-dalil yang dipergunakan. Orang-orang yang berusaha menelaahnya akan terlatih dalam mengemukakan pembuktian yang diingini. Karya-karya para ulama Hanafiyyah dan Shafi’iyyah mengenai masalah ini lebih banyak berbanding karya ulama Malikiyyah, sebab bagi ulama Hanafiyyah, qiyas merupakan dasar pokok (sumber) bagi kebanyakan masalah furuk, sebagaimana yang telah anda ketahui. Dengan demikian, ulama Hanafiyyah dan Shafi’iyyah disebut kaum rasionalis dan analisis. Sedangkan ulama Malikiyyah berpegang pada athar (pendapat para sahabat) sebagai sandaran. Mereka bukan kaum rasional ( ahli nazar ). Dan juga, kebanyakan ulama Malikiyyah berasal dari Maghribi, yang tinggal di padang pasir, dan hanya sedikit di antara mereka yang punya perhatian atas keahlian mengenai ilmu ini. Mengenai masalah ini al-Ghazali, semoga Allah memberinya rahmat, memiliki sebuah kitab, yang berjudul al-Maakhidh dan Kitab al-Talkhis oleh Imam Abu Bakar Ibn al-Arabi yang telah diambilnya daripada Timur. Imam Zaid al-Dabusi menulis al-Ta’liqah , dan karya Ibn al-Qassar, seorang syeikh Malikiyyah — berjudul Uyun al-Adillah . Di dalam ringkasannya tentang usul fiqh, iaitu Mukhtasar , Ibn al-Sa’ati telah mengumpulkan segala yang dijadikan dasar bagi fiqah kontroversial. Kumpulan perbahasan ini disusun dengan rapi, masalah demi masalah yang dipertentangkan tercatat dalamnya. It should be known that the jurisprudence described, which is based upon religious evidence, involves many differences of opinion among scholars of independent judgment. Differences of opinion result from the different sources they use and their different outlooks, and are unavoidable, as we have stated before. Teks Bahasa Inggeris (1967, 30-32)

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=