MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 3 | 2015

12 Hadhrami merupakan antara ulama tersohor yang telah menulis berkenaan ilmu khilaf . Ibn Khaldun bukan sahaja merupakan ulama yang terso- hor dalam bidang sejarah, ma- lah pandangan beliau juga turut dirujuk dalam beberapa disiplin yang lain seperti poli- tik, kepimpinan, pendidikan, falsafah, bahasa dan ekonomi. Ibn Khaldun juga telah dirujuk dan dikritik oleh ramai cen- dekiawan Muslim, termasuklah oleh sarjanawan bukan Muslim di Barat. Antara magnum opus Ibn Khaldun adalah Muqaddimah iaitu jilid per- tama bagi kitab tarikhnya iaitu Diwan al-Mubtada’ Wa al- Khabar Fi Ayyam al-Arab Wa al-AjamWa al-Barbar. Tulisan Ibn Khaldun berkenaan ilmu khilaf ini telah dimasukkan sebagai sebahagi- an daripada kandungan Muqaddimah nya. Perb- incangan yang dimasukkan da- lam tulisannya ini adalah pen- erangan ringkas berkenaan ilmu khilaf dalam perbahasan fiqah yang dipelopori oleh ula- ma empat mazhab iaitu Ma- zhab Hanafi, Maliki, Shafi’I dan Hanbali. Pada pandangan Ibn Khaldun, pengetahuan mengenai ilmu khilaf ini adalah sangat mulia dan bernilai kerana dapat me- mandu serta memperkayakan maklumat seseorang berkenaan pandangan para ulama mukta- bar mengenai hukum-hukum Islam. Dalam artikel ini, dis- ertakan tulisan Ibn Khaldun dalam Bahasa Arab, serta ter- jemahannya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai rujukan untuk semua pembaca. Untuk teks Arab, artikel ini telah merujuk kepa- da semakan oleh Dr Ali Abdul Wahid Wafi (1901-1991), ter- bitan Dar Nahdah Misr . Untuk terjemahan ke Bahasa Melayu, artikel ini telah merujuk dan mengadaptasi terjemahan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Manakala, terjemahan Bahasa Inggeris pula adalah daripada adaptasi kepada kajian terjema- han oleh Franz Rosenthal (1914-2003), terbitan Princeton University Press. Ibn Khaldun bukan sahaja merupakan ulama yang tersohor dalam bidang sejarah, beliau juga turut dirujuk dalam beberapa disiplin yang lain seperti politik, kepimpinan, pendidikan, falsafah, bahasa dan ekonomi.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=