MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 02 | 2014
        
 49 Pada awal pagi lagi, AJK dan penduduk mula datang ke surau bagi menyambut seruan Illahi bagi melakukan Qiamullail Perdana di malam yang penuh ketenangan dan barakah.Qiamullail ini    adalah salah satu cara menjernihkan hati dan mendidik jiwa ke arah mendekatkan diri kepada Allah yang Maha Esa. Apabila  azan subuh berkuman- dang, solat  subuh berjemaah dilaksanakan dengan dimamkan oleh Saudara Amin  dan seterusnya diteruskan dengan Tazkirah Subuh. Pada pagi tersebut, sekali lagi ukhwah antara USIM dengan masyarakat dikuatkan lagi dengan acara Sukan Rakyat USIM-Taman Desa   Pinggiran Byu,Mantin dan disusuli dengan pemeriksaan dan kesihatan serta pameran. Program ini berakhir setelah Majlis  penyampaian hadiah dan Majlis Penutup   berakhir. Alhamdulillah menerusi program ini, mahabbah dan ukhwah yang benilai dapat disemai dalam kalangan USIM dan    masyara- kat Taman Desa  Pinggiran Bayu. Semoga program sebegini dapat diadakan lagi di lain waktu dan di lain masa yang akan    datang di tempat lain pula. InsyaAllah.
        
         Made with FlippingBook 
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=