MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 02 | 2014
48 kaedah penyembelihan yang sahih mengikut Al-Quran dan Sunnah. Seterusnya, lembu dan ayam yang telah disembelih di- masak dan digunakan untuk moreh (Makan Tengahari Perdana) di Surau Pinggiran Bayu, Mantin. Detik 11.30 a.m menjadi detik yang bermakna apabila apabila program ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Dr.Zulkifli Abd Ghani dalam Majlis Perasmian Taman Angkat FKP. Selepas zohor, program diteruskan lagi dengan bengkel azan,iqamat dan solat serta bengkel Fardhu Ain iaitu pengurusan Akidah. Di sebelah petang, AJK berkesempatan beramah mesra dengan lebih dekatbersama penduduk taman melalui aktiviti ziarah dan bersukan dengan penduduk di sekitar taman tersebut. Pada waktu malam, acara diteruskan dengan Tazkirah maghrib dan Forum Perdana yang bertajuk ‘‘Sunnah Nabi,antara Ikutan dan Cabaran’’ di Surau Al-Hidayah yang menampilkan panel-panel yang hebat dari USIM iaitu Ustaz Yuseri B Ahmad dan Dr. Ahmad Abdul Malik. Program pada malam tersebut berakhir dengan santapan BBQ. Selepas Zohor, bermulalah perjalanan program dimana AJK bertolak dari USIM ke Taman Desa Pinggiran Bayu, Mantin yang melibatkan pelajar tahun 2 dan 3 dari pelajar dan pensyarah Akidah. Setelah tiba di tapak program, AJK mula berkerjasama membuat persiapan dan mendengar taklimat dari pengarah program iaitu Hakimi Salleh. Pada malam tersebut, masyarakat di Taman Desa Pinggiran Bayu, disajikan dengan ceramah istimewa iaitu Motivasi Kepimpinan dan Penguru- san Keluarga dan bersurai tepat pada pukul 10 malam. Motivasi ini sangat penting dalam memberi ilmu yang bermanfaat kepada masyara- kat. Kemuncak program adalah pada hari kedua yang mana suasana aturcara program semakin meriah apabila ramai dari kalangan penduduk taman terlibat sama da- lam kedua-dua aktiviti iaitu gotong- royong surau dan sekitarnya beserta aktiviti bengkel penyembelihan. Aktiviti ini sangat penting bagi
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=