MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 02 | 2014
46 Tepat pukul 8 pagi, meja pendaftaran dibuka dan seterusnya program diteruskan dengan Majlis Perasmian oleh ucapan Mohd Rosmizi Bin Abd Rahman Pengarah Induk SIGMA 4, Pensyarah Pengajian Akidah dan Agama, Universiti Sains Islam Malaysia serta perasmian dari Professor Dr. Zulkifle Bin Abd Ghani, Dekan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan,Universiti Sains Islam Malaysia. Sesi Pembentangan Kertas Kerja 1 dimulakan dengan tajuk Pemantapan Akidah: Isu Dan Cabaran Masa Kini' oleh Puan Norliah Bt Sajuri, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, JAKIM. Bagi pembentangan kertas kerja yang kedua adalah bertajuk 'Contemporary Issues And Chal- lenges In Comparative Religion And Spiritual' Oleh Pembentang Prof. Ibrahim Mohamed Zain Dekan Kuliyyah Ilmu Wahyu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Seminar ini menampilkan seramai 3 orang pembentang utama dan pembentang untuk Sidang Selari adalah seramai 17 orang. Peserta daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak dikenakan yuran penyertaan kerana program ini telah berjaya mendapat tajaan yang secukupnya untuk menampung perbelanjaan sepanjang program. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM15 yang hanya dikenakan pada peserta awam dan peserta daripada universiti luar seperti UNISZA, UIAM dan sebagainya iaitu seramai 23 orang. Seminar ini bertujuan untuk mengupas isu-isu semasa berkaitan Akidah dan Perbandingan Agama di samping memberi kefahaman tentang Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenar serta memupuk semangat toleransi antara agama. Program ini juga adalah untuk membentuk jati diri Muslim yang matang, bertoleransi dan berdedikasi khususnya dalam mempertahankan akidah dalam menghadapi cabaran pemikiran dan ideology, Membuka minda masyarakat setempat serta para mahasiswa/wi mengenai isu dan cabaran pemikiran semasa . terhadap akidah. 27 September, USIM, Nilai- Program Pengajian Akidah Dan Agama di bawah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia telah berjaya melaksanakan Program Seminar Kebangsaan Pengajian Akidah dan Agama(SIGMA) pada 27 september 2014 yang bertempat di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Program ini dianjurkan bersama oleh Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH), Islam Negeri Sembilan (MAINS), Majlis Agama Islam Wilayah dan Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Takwa . SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJIAN AKIDAH DAN AGAMA 2014 (SIGMA 4) 27 SEPTEMBER 2014
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=