MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 02 | 2014

41 Allahumasholi ala saidina Mu- hammad…Allahumasholi ala saidina Muhammad…Allah mas- holi ala saidina Muhammad Saat ini hatinya hanya mampu berselawat keatas junjungan Rasulullah SAW, kekasih Allah dan Nabi sekalian ummat. Ketenangan yang bisa menghilangkan segala kesakitan hanyalah dengan zikrullah. Zikrullah bila didengdangkan dalam hati ia bagaikan satu irama syahdu yang bermain di taman- taman hati para mukminin, zikrullah juga umpama mutiara jernih yang sedang gugur membasahi taman hati yang dahagakan kasih sayang-NYA. Kerinduan dan kecintaan kepada- NYA saat ini menjerut tangkai hati Faiz Amran. Musibah yang menimpa tidak pernah surut, satu demi satu musibah yang melanda dalam dirinya. Faiz Amran terbar- ing diatas katil seolah-oleh dia sedang tidur lena diulik mimpi yang indah, namun hakikatnya Faiz Amran sedang berzikir kepada Allah Taala agar ditenangkan hatinya dan semoga dia dapat mencari penyelesaian kepada masalah yang melanda dirinya. Sekarang ini, keluarganya ditimpa masalah yang besar, peni- agaan ayahnya telah dikhianati membelanya. Memberikan anak- anak dengan kemewahan harta benda dan kesenangan dunia ada- lah satu petanda celaka sesebuah keluarga. Hanya kerana harta, adik-beradik saling bermusuhan, kerana harta adik-beradik saling berbunuhan, kerana harta adik- beradik saling bertelagah. Sungguh ayah Faiz Amran ber- pegang pada prinsip hidupnya. “hari nie ayah bekerja untuk mem- besarkan kamu semua dan ayah tidak akan mewariskan kamu harta yang ayah ada, satu-satu harta yang ayah hanya mampu beri kepada kamu dan adik-adik adalah ilmu. Belajarlah bersungguh- sungguh dan kalau kau inginkan harta maka carilah sendiri dengan kudrat kamu. Ayah takkan bagi harta ayah pada anak-anak kerana harta hanya satu petanda mala- petaka akan menimpa keluarga kita. Ayah tak nak bila ayah mati kamu adik-beradik bergaduh sebab harta, ayah bila dah mati nak rehat dekat sana dan tak nak lihat anak- anak ayah beraduh sesama sendiri hanya kerana harta.” Pak cik Kasim hilang bicaranya dalam sendu. “kasihanilah ayah….izinkan ayah hidup di akhirat sana dengan tenang dan biarlah bila ayah lihat kamu adik-beradik dari jauh dengan tenang” masih segar kata- kata ayah Faiz Amran di hatinya. oleh pekerja ayahnya sendiri. Bagaimana mungkin tergamak pekerja ayahnya membakar tapak pemprosesan pasir yang me- nyebabkan keluarganya hilang punca mata pencarian. Namun lu- luh hati Faiz Amran sebagai seorang anak dan sebangai anak sulung dalam keluarga tidak mengetahui musibah yang men- impa keluarga sehinggalah diberit- ahu oleh sahabat baiknya. ayah sahabat baik Faiz Amran adalah kawan baik dalam peniagaan penjualan pasir ayahnya. Faiz Amran dikhabarkan oleh sa- habatnya bahawasa ayah Faiz Amran menyembunyikan musibah ini daripada pengetahuan anak- anak kerana tidak ingin anak-anak bimbang tentang pelajaran. Hati seorang ayah yang mana ingin membebankan anak-anak dengan masalah mereka, bagi seorang ayah tiada apa yang mampu diberikan kepada seorang anak melainkan ilmu. Harta didunia ini bukanlah emas permata, bukan juga tanah berhektar, bukan jua duit setinggi gunung, namun harta yang paling bermanfaat buat anak-anak adalah ilmu pengetahuan, yang mana se- makin mendalaminya semakin bertambah takwanya pada Allah Taala dan semakin hilangnya cinta dunia ditelan cintanya pada akhirat. Yang sesiapapun tiada ja- minan akan kehidupan di akhirat kelak melainkan pahala yang

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=