MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 02 | 2014
40 bidang ilmu amat diperlukan. Pemuda pemudi juga mudah gopoh. Semuanya mahu cepat. Nak kaya cepat, nak habis kelas cepat dan banyak perkara lagi, semuanya mahu cepat! Terlalu gopoh! , “Sekiranya hafalan-hafalan kamu tidak ada KESEDARAN, maka buku-buku itu takkan ada MANFAAT.” Empat tahun di universiti (kalau Degree), cukupkah bekalan kita untuk nak taburkan bakti pada ummah? Nak membantu masyarakat sekeliling yang semakin parah? Kita bukan sekadar nak bantu keluarga, akan tetapi, ummah sekeliling juga. Cukupkah sekadar 4 tahun itu sahaja? Dengan kita main-main dalam belajar, tak serius, selalu ponteng kelas dan kuliah, selalu bemalasan dan beralasan bila diberi tugasan dan kerja, sibuk fikir tulang rusuk kanan kiri je dan pelbagai lagi. Yakinkah kita sudah ‘cukup berilmu’? Akhir sekali, kita perlu usahakan 2 langkah ini. Pertama, tewaskan diri sendiri! Sedarlah, ummah sedang parah. Tewaskan diri sendiri yang malas, yang selesa, yang rasa biasa dan bantu macam-macam lagi. Kedua, mohonlah kekuatan daripada Allah untuk menyempurnakan azam dan iltizam diri kita. Antara sebab kenapa pemuda pemudi hari ini semakin rosak, semakin hanyut adalah kerana hilangnya matlamat. Matlamat umpama destinasi kita. Tanpa matlamat, pasti kita tak ada arah tujuan. Terumbang-ambing dan mudah goyah apabila ditimpa musibah. Daripada Ibn Umar r.a., beliau berkata : Rasulullah s.a.w. memegang bahuku lalu bersabda : "Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan." (Riwayat al- Bukhari) Selain itu, kita tidak merasa kerugian. Kerugian yang bagaimana? Kerugian ilmu. Kita tak punya ‘rasa kerugian’ itu. Imam al- Muzani membaca Risalah sebanyak 500 kali. Beliau tidak jemu. Sheikhul Islam Zakariyya al-Ansori. Beliau seorang yang suka menghabiskan masanya untuk membaca buku. Hingga dikatakan, jika tetamu yang datang di rumahnya terlalu lama berada di situ, maka, dia akan tegas dan marah. Kerana dia mahu membaca buku dan tidak mahu membuang masa. Ummul Kiram. Beliau merupakan seorang periwayat hadis.Wanita. Hidupnya hampir 100 tahun, namun, beliau tidak berkahwin. Beliau memanfaatkan hidupnya dengan hadis. Ternyata, keperluan wanita dalam Realiti kehidupan pemuda pemudi sekarang berada pada tahap yang amat membimbangkan. Kita disibukkan dan dihanyutkan dengan hiburan, K-POP, leka dengan drama-drama cinta yang mengarut di televisyen, semakin malas membaca buku, semakin liat ke majlis ilmu dan sebagainya. Usia kita yang masih muda ini, sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya fikirannya, gerak kerjanya untuk Islam. Bukan disibukkan dengan memikir soal tulang rusuk bergetar bagai! Imam Nawawi terlalu sibuk dengan ilmu, sehingga beliau tidak berkahwin. Di dalam Al-Quran, Allah telah menceritakan beberapa kisah kepemudaan. Antaranya, kisah Ashabul Ukhdud, kisah Nabi Yusuf, kisah Nabi Musa, kisah Ashabul Kahfi dan sebagainya. Di dalam buku ‘Sehingga Para Pemuda Mengerti’, penulis meringkaskan bahawa terdapat 5 ciri yang perlu ada dalam diri Muslim iaitu :- 1)Mempunyai keimanan yang teguh kepada Allah 2)Kuatnya iltizam 3)Istiqamah 4)Adanya pengorbanan Siapakah pemuda? Junaid menaqalkan kata-kata daripada Imam Qurtubi, pemuda itu adalah mereka yang berbuat baik kepada orang, tidak menyusahkan orang dan tidak merungut tentang orang sekeliling. “Cinta itu hasilnya dua perkara. Pertama – cinta itu berhasil menjauhkan engkau daripada Pencipta. Kedua – cinta itu berhasil mendekatkan engkau dengan Pencipta.” “Cinta itu adalah apa-apa yang membawa ke Syurga. Yang mengheret ke Neraka, itu bukan cinta.”
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=